CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7227|Reply: 0

[Sarawak] Tindakan tegas terhadap penyambungan bangunan haram

[Copy link]
Post time 3-2-2025 04:31 PM | Show all posts |Read mode


TEGAS... Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bercadang untuk memperkasakan penguatkuasaan terhadap aktiviti penyambungan bangunan secara haram.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, berkata isu ini telah dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya banjir, yang mengganggu sistem perparitan sedia ada, terutama di kawasan perumahan.

“Orang ramai yang ingin melakukan penyambungan bangunan secara haram diharap mempertimbangkan semula tindakan mereka agar tidak menjejaskan sistem perparitan yang sedia ada, kerana ia boleh mengundang bahaya.

“Tahun ini, kita akan memberi perhatian lebih kepada isu ini dengan mewajibkan mereka yang melakukan penyambungan haram untuk menyerahkan pelan bangunan asal mereka.

“Pelan tersebut perlu mematuhi ordinan bangunan dan undang-undang sedia ada,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan MBKS di Padungan, hari ini.
Wee menegaskan bahawa mana-mana individu yang tidak mematuhi arahan boleh dikenakan tindakan tegas.

Tindakan mengubah suai secara sembarangan boleh mengakibatkan insiden banjir yang lebih serius.

“Langkah terakhir yang mungkin kita ambil ialah membatalkan permit menduduki (OP), tetapi kita akan cuba untuk berkompromi kerana kita ingin mengelakkan situasi tersebut.

“Jika OP dibatalkan, pemilik perlu mendapatkan kelulusan semula daripada pihak bomba, memohon semula, dan akan melalui proses yang panjang.

Kehilangan OP juga akan menyebabkan mereka tidak diberi pinjaman oleh pihak bank,” tegas beliau.

Wee juga menekankan bahawa masyarakat perlu bertolak ansur dan memikirkan keselamatan orang lain yang akan terjejas.

“Jika ada sebarang perancangan untuk menyambung bangunan, sila maklumkan kepada kami agar kita boleh membantu memastikan ia dilakukan dengan cara yang betul.

“Hal ini kerana struktur asas dan kekuatan tanah mungkin perlu diteliti semula untuk memastikan ia mampu menampung beban tambahan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044565 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list