CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25733|Reply: 0

[Sarawak] Gaji minimum di Sabah, Sarawak dicadang 25% melebihi gaji asas kebangsaan

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:52 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) mencadangkan gaji minimum di Sabah dan Sarawak ditetapkan 25 peratus melebihi gaji asas kebangsaan RM1,700 selaras dengan elaun wilayah diterima oleh penjawat awam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Andrew Lo (gambar) berkata, permintaan penyelarasan gaji di Sabah dan Sarawak dibuat ekoran peningkatan kos sara hidup, bermakna gaji minimum di kedua-dua negeri itu adalah RM2,125.

"Kesatuan juga menyokong model gaji kewilayahan bagi kawasan yang maju seperti Kuala Lumpur, Johor, Miri, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang, gaji minimum di sana sepatutnya sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lo, cadangan itu dikemukakan sebagai maklum balas kepada kenyataan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersatu Malaysia (ACCCIM) baru-baru ini mengatakan Malaysia mengguna pakai sistem gaji minimum berasaskan negeri, bukannya struktur gaji menyeluruh yang dilihat gagal mengambil kira jurang perbezaan kos sara hidup wilayah, pembangunan ekonomi dan keadaan pasaran buruh.

Beliau menambah, Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) juga menyuarakan kebimbangan sama, dengan mengatakan pendekatan 'satu saiz untuk digunakan oleh semua' boleh memberi impak negatif kepada perniagaan di negeri kurang maju di mana kos operasi tinggi.

"FMM memberi amaran, apabila gaji minimum terus naik di bawah sistem menyeluruh, perniagaan di negeri-negeri ini (kurang maju) terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terpaksa bergelut untuk terus bertahan.

"ACCCIM yang mewakili komuniti perniagaan Cina Malaysia membangkitkan kebimbangan, iaitu perniagaan di wilayah-wilayah kurang membangun akan berdepan kesukaran untuk menghadapi kenaikan gaji di tengah-tengah keadaan ekonomi yang mencabar," ujarnya.

Justeru katanya, ketika banyak menyokong gaji minimum dilaksanakan dalam usaha membantu pekerja menghadapi inflasi, penekanan sistem gaji berdasarkan wilayah oleh ACCCIM mengambil kira perbezaan sosioekonomi dan demografik, akan lebih sesuai serta berkesan.

Lo juga memetik Presiden ACCCIM Datuk Ng Yih Pyng dalam satu kenyataan berkata ini akan membolehkan lebih banyak pendekatan seimbang, mencerminkan kos sara hidup, pembangunan ekonomi dan keadaan pasaran buruh khusus untuk setiap wilayah.

"Untuk Sarawak, perdebatan ini sangat relevan kerana negeri banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia menerusi sumber-sumber asli tetapi pekerjanya masih berdepan jurang perbezaan gaji berbanding pekerja di Semenanjung Malaysia.

"Dengan kos barang yang lebih tinggi kerana cabaran-cabaran logistik, keluasan geografi dan perbezaan struktur ekonomi daripada negeri lain Sarawak berhak mendapat gaji minimum lebih tinggi sesuai dengan kos sara hidup sebenar," katanya.

Oleh itu, Lo menegaskan sistem gaji berdasarkan wilayah perlu dilaksanakan bagi memastikan kesaksamaan kerana realitinya wujud perbezaan kos antara negeri-negeri di Malaysia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.035620 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list