CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25800|Reply: 0

[Sarawak] SEB nafi dakwaan tular mengenai HEP Bakun dan Murum

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:54 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Sarawak Energy Berhad (SEB) hari ini menafikan dakwaan tular mengenai paras air di loji hidroelektrik (HEP) Bakun dan Murum, sambil memberi jaminan bahawa keadaan adalah selamat dan terkawal.

Dalam satu catatan yang dimuat naik di Facebook, syarikat itu menjelaskan bahawa paras air di kedua-dua empangan masih rendah dan tiada pelepasan air dijadualkan buat masa ini.

SEB turut menekankan kepentingan mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih serta mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kebimbangan tidak berasas.

Bagi mendapatkan maklumat terkini dan tepat, orang ramai disarankan merujuk laman sesawang rasmi atau platform media sosial SEB.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan 24/7 di talian 1300-88-3111 atau melalui aplikasi SEB Cares.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037264 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list