CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5814|Reply: 0

[Sarawak] JPBNS nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana

[Copy link]
Post time 4-2-2025 09:02 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kini sedang menilai kos baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan.

Timbalan Premier yang juga Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar) berkata jawatankuasa pengurusan bencana di setiap bahagian telah diarahkan untuk mengemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selewat-lewatnya hujung minggu ini.

"Semua agensi juga diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia daripada segi aset dan logistik di bawah tanggungjawab masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya gelombang kedua banjir.

"Residen bahagian dan pegawai daerah juga diarahkan untuk memastikan respons yang pantas dan berkesan dalam menangani situasi banjir yang dilaporkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Uggah turut menyeru seluruh rakyat Sarawak supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga selain disarankan membuat persediaan awal sekiranya diarahkan berpindah ke tempat yang selamat ketika berlaku bencana.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.043131 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list