CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26368|Reply: 0

'Semua pasukan mahu tewaskan Liverpool' - Konate

[Copy link]
Post time 4-2-2025 11:13 PM | Show all posts |Read mode


London: "Bekerja dengan begitu keras untuk terus maju ke hadapan."

Demikian mesej daripada Ibrahima Konate ketika Liverpool berusaha untuk memastikan dapat meraih kejayaan membanggakan bagi musim 2024-25.

Selepas kemenangan 2-0 di tempat lawan menentang AFC Bournemouth, The Reds mengekalkan kelebihan enam mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan satu perlawanan dalam tangan berbanding pencabar terdekat, Arsenal.

Di saingan lain, pasukan kendalian Arne Slot melangkah ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara sebagai pilihan utama selepas mengungguli fasa liga dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan.

Mereka akan cuba melangkah ke Wembley apabila menerima kunjungan Tottenham Hotspur dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga awal pagi Khamis ini, sebelum bertemu Plymouth Argyle dalam pusingan keempat Piala FA.

"Kami memulakan musim dengan baik dan segala-galanya nampak baik buat kami ketika ini, termasuk dalam Liga Juara-Juara.
"Tetapi saya fikir perkara paling penting ialah kami perlu bermula semula dan bekerja lebih keras kerana kami kini berada dalam fasa separuh kedua musim.

"Kami perlu bekerja keras kerana semua pasukan mahu menewaskan kami, jadi kami perlu terus berjuang hingga ke akhirnya.

"Ia akan menjadi sangat sukar dan kami perlu bekerja dengan begitu keras hanya untuk terus maju dan kekal tenang," kata Konate.

Pemain yang menggunakan jersi bernombor lima itu menambah, "Gelaran ini (Liga Perdana) adalah satu-satunya yang belum pernah saya raih di England dan saya benar-benar berharap musim ini kami akan mencapainya.

"Kami tahu semua penyokong berada di belakang dan kami perlu melakukan segala yang termampu untuk mencapainya."
Konate sudah melakukan 21 penampilan dalam kesebelasan utama setakat musim ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.730728 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list