CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25411|Reply: 0

[Kedah] Terus lapor JAS jika dengar letupan luar biasa dari kuari

[Copy link]
Post time 7-2-2025 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Terus lapor JAS jika dengar letupan luar biasa dari kuari

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 7, 2025 @ 4:25pm [email protected]





Laporan BH Online hari ini.





ALOR SETAR: Penduduk Kampung Padang, Sungai Kecil Hilir dekat Bandar Baharu diminta membuat laporan terus kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sekiranya mengesan aktiviti letupan luar biasa dari kuari batu berhampiran penempatan mereka.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata laporan segera itu penting bagi membantu pihaknya melakukan siasatan segera dan mendapatkan bukti seperti yang didakwa penduduk.

Katanya, perkara itu perlu diambil serius oleh masyarakat dengan membuat laporan kepada pihak yang tepat dan bukannya kepada pihak lain.

"Setakat ini kami tidak menerima aduan daripada penduduk. Orang ramai perlu membuat laporan secara rasmi kepada JAS untuk kami buat siasatan segera sejurus dapat laporan.

"Apabila lama, bukti pun sukar diperolehi, bongkah itu sudah diproses jadi batu kecil atau sudah dibawa keluar, jadi mustahak penduduk lapor terus kepada JAS, jika lapor pihak tidak berkaitan mereka tak boleh turun siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain JAS, penduduk turut boleh melaporkan kes seumpama itu kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk siasatan.

Katanya, pihak JAS sendiri akan terus melakukan siasatan sekiranya menerima aduan.

"Saya sudah mengarahkan pegawai melakukan siasatan ke tempat kejadian walaupun tiada aduan penduduk kepada kami.

"Tapi seperti yang saya maklumkan, apabila lama, sukar kita untuk sahkan kejadian, saya harap penduduk lebih peka dan membuat aduan di saluran yang betul selepas ini," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Kedah dan pihak berkuasa berkaitan memberi perhatian serius terhadap letupan kuat luar biasa di Kampung Padang, Mukim Sungai Kecil Hilir, Daerah Bandar Baharu, yang dilaporkan pada Rabu lalu.

Letupan sekitar jam 2.15 petang itu dipercayai berpunca aktiviti pemecahan bongkah batu oleh pengusaha kuari yang beroperasi di kampung berkenaan sehingga mengejutkan sebahagian besar penduduk.

Presiden SAM, Meenakshi Raman, berkata kebanyakan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berdekatan mendakwa terkejut dengan letupan dan dentuman kuat itu hingga menggegarkan kawasan perumahan mereka.

Perkara itu turut dimaklumkan beberapa penduduk di luar kawasan Kampung Padang yang mendakwa terdengar letupan berkenaan pada jarak kira-kira satu hingga dua kilometer.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1358595/terus-lapor-jas-jika-dengar-letupan-luar-biasa-dari-kuari





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.425199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list