CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23170|Reply: 1

[Pulau Pinang] Warga Indonesia terpinga-pinga tak faham bahasa Melayu, kes seludup senjata api ditangguh

[Copy link]
Post time 7-2-2025 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-2-2025 08:15 PM

Warga Indonesia terpinga-pinga tak faham bahasa Melayu, kes seludup senjata api ditangguh
Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 7, 2025 @ 11:37am [email protected]




BUTTERWORTH: Pendakwaan kes penyeludupan senjata api terhadap dua lelaki warga Indonesia di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini terpaksa ditangguhkan untuk lantikan jurubahasa kerana tertuduh tidak memahami bahasa Melayu.

Hakim Nor Azah Kasran menetapkan 12 Februari ini untuk kehadiran jurubahasa dan pendakwaan kes itu.

Terdahulu, seorang tertuduh dilihat terpinga-pinga dalam kamar mahkamah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya.

Berikutan itu, kes terbabit ditangguhkan sebelum kedua-dua tertuduh dibawa keluar dengan kawalan ketat pihak polis.

Pada 27 Januari lalu, empat lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan polis bersama lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai di 1 batu nautika dari Barat Daya Sungai Perai, dekat sini.

Penahanan dibuat atas maklumat dan risikan, Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Batu Uban sebelum dua buah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran dan dalam keadaan mencurigakan ditahan pada jam 3.10 petang.

Pemeriksaan lanjut polis menemukan lima pucuk pistol iaitu dua jenama Sig Sauer bersama tiga kelopak, dua jenama Glock (dua kelopak) dan Smith and Wessin bersama satu kelopak serta selaras senapang M4, 600 butir peluru M4, 200 butir peluru 9mm dan sebutir peluru jenis S&B.

Polis turut merampas pelbagai barangan dalam bot sama, antaranya telefon satelit, telefon bimbit, beg, peralatan GPS, wang tunai sebanyak RM4,030 dan dua pasport milik dua warga asing terbabit.




Dua lelaki warga Indonesia diiringi polis kes berkaitan penyeludupan senjata api di Mahkamah Butterworth. - NSTP/Danial Saad







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2025 08:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.043178 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list