CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17139|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO

[Copy link]
Post time 8-2-2025 01:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-2-2025 01:48 AM

Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO

08 Februari 2025 12:30am




Steven menyampaikan faedah hilang upaya sementara kepada Tan Meng Cheong (dua dari kanan) pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina KESUMA PERKESO 2025 malam ini. Foto Bernama




BUKIT MERTAJAM - Semua pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Steven bagaimanapun berkata, kemudahan itu hanya melibatkan kes kemalangan bencana pekerjaan serta penyakit khidmat, dan terdapat 1,400 klinik panel di seluruh negara, dengan 129 daripadanya di Pulau Pinang.


"Anda (pencarum) boleh jumpa terus ke mana-mana 1,400 klinik panel PERKESO di Malaysia dan mendapatkan rawatan perubatan, tak perlu bayar apa-apa.

"Jika sebelum ini anda perlu bayar dahulu lebih kurang RM150 hingga RM200 setiap kali rawatan, kemudian claim balik dengan PERKESO. Lepas sebulan, kita akan bayar balik.


"Tapi selepas ini, pada tahun ini, mereka boleh masuk ke klinik kami, tunjuk kad pengenalan kalau mereka semak, anda adalah ahli PERKESO, anda tidak perlu membayar satu sen pun,” katanya yang mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di sini malam ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ketua Setiausaha KESUMA Datuk Azman Mohd Yusof dan Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk Seri Subahan Kamal.


Steven berkata, langkah itu dibuat bagi memudahkan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan di klinik panel.

Ini juga sebenarnya memudahkan majikan-majikan sebab ada majikan yang baik hati, kata pekerja saya cedera, pekerja saya sakit nak hantar ke klinik tapi dia kena bayar dahulu sebab nanti baru boleh tuntut PERKESO tetapi sekarang anda tidak perlu membayar. Pergi dapatkan rawatan, PERKESO akan membayar klinik mulai tahun ini,” tambahnya.


Steven berkata, tahun lepas PERKESO merekodkan tuntutan berjumlah RM8 juta melibatkan 20,000 kunjungan ke klinik panel.

Selasa lepas, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitahu 66,574 kes bencana pekerjaan direkodkan PERKESO di seluruh negara sepanjang 2024, mencatatkan penurunan 2.4 peratus berbanding 68,220 kes pada 2023.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Steven turut menyerahkan tuntutan pelbagai faedah PERKESO kepada 10 penerima yang bernilai keseluruhan RM145,972.86.

Faedah yang disampaikan itu meliputi Skim Perlindungan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Hilang Upaya Kekal (HUK), Hilang Upaya Sementara (HUS) dan Pencen Penakat. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/711515/berita/nasional/pekerja-ditimpa-bencana-kerja-penyakit-khidmat-tak-perlu-bayar-kepada-klinik-panel-perkeso


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.086979 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list