CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7829|Reply: 0

[Sarawak] Ling sokong cadangan Chong naikkan kadar bantuan untuk mangsa banjir

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:08 AM | Show all posts |Read mode


Ling (kiri) ketika turun padang membantu mangsa banjir di Miri, baru-baru ini.
MIRI: Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Alan Ling menyokong penuh cadangan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen yang mengusulkan agar kadar bantuan kecemasan untuk mangsa banjir dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM3,000.

Sokongan tersebut disuarakan dalam perbahasan usul kecemasan yang dikemukakan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkenaan banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah baru-baru ini.

Menurut Ling, RM1,000 yang ditawarkan oleh kerajaan untuk setiap keluarga mangsa banjir tidak mencukupi terutama sekali apabila melihat kesan buruk yang ditinggalkan.

"Kita lihat dalam gambar-gambar yang tersebar di media, bukan sahaja rumah yang dinaiki air tetapi kereta-kereta juga rosak teruk akibat ditenggelami air, malahan peralatan serta perabot rumah seperti peti sejuk, mesin basuh, televisyen dan barangan elektrik dan elektronik lain turut rosak.

"Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang tinggal di rumah satu tingkat, banyak perabot dan peralatan rumah mereka tidak sempat untuk diselamatkan dan rosak akibat banjir," jelas Ling.

Ling turut menegaskan mangsa yang terjejas memerlukan bantuan yang lebih besar bagi mengatasi kerugian yang dialami, terutamanya bagi mereka yang tidak dapat menyelamatkan barang-barang peribadi.

Dengan bantuan RM3,000 sedikit sebanyak dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir untuk memulakan kehidupan baru selepas bencana ini berlaku, tegasnya.

Beliau juga menambah bahawa keluarga yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) seharusnya turut menerima bantuan kerana mereka mungkin menghadapi  kesukaran untuk berpindah ke PPS termasuklah kerana ahli keluarga yang ramai atau kurang sihat, risau kehilangan harta benda serta faktor-faktor lain.

Beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan lebih prihatin dan menerima cadangan ini kerana RM1,000 memang tidak mencukupi untuk menanggung kos kerosakan yang berlaku.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037362 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list