CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14037|Reply: 0

[Sarawak] SECA hargai keputusan Anwar dan Jemaah Menteri

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:32 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Persatuan Penginjilan Kristian Sarawak (SECA) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Jemaah Menteri atas

keputusan tegas mereka dalam menolak cadangan untuk menetapkan garis panduan bagi acara melibatkan umat Islam yang diadakan di rumah ibadat bukan Islam.

Menurut kenyataan medianya hari ini, cadangan ini yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 5 Februari lalu telah ditolak semasa mesyuarat Kabinet.

"Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan agama, dan cadangan sebegini boleh membawa kepada perpecahan yang tidak diingini dalam masyarakat kita yang harmoni.

"Kami memuji keputusan kerajaan dalam mempertahankan semangat perpaduan, saling menghormati, dan keharmonian agama yang menjadi asas utama negara kita sejak sekian lama," jelasnya.

SECA berkata, di Sarawak, mereka amat berbangga dengan tradisi keharmonian antara agama yang telah lama terjalin.

Rakyat kita, tanpa mengira kaum atau agama, sentiasa hidup dalam keadaan aman dan saling menghormati.

Malah katanya lagi, di banyak tempat, rumah ibadat pelbagai agama berdiri bersebelahan melambangkan semangat persefahaman dan keharmonian yang mendalam.

"SECA berpegang teguh bahawa toleransi beragama dan kerjasama antara agama adalah asas penting dalam perpaduan negara.

"Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus memupuk keharmonian, rasa hormat, dan penerimaan antara satu sama lain agar negara kita kekal sebagai contoh terbaik dalam keamanan dan keterangkuman.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri serta Jemaah Menteri atas kepimpinan mereka dalam mempertahankan perpaduan negara dan menegaskan komitmen kami untuk terus bekerjasama demi kebaikan semua," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.382981 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list