CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14833|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ugut, cederakan bapa dan abang dipenjara 20 bulan

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:39 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki yang menghadapi tuduhan mengugut serta mencederakan ayah dan abangnya, dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mohd Zainuzim Zainu, 39, terdahulu dijatuhi hukuman penjara masing-masing enam bulan setelah disabitkan bersalah memukul dan mengugut membunuh ayahnya serta penjara lapan bulan atas pensabitan mencederakan abangnya dengan menggunakan kunci motosikal.

Majistret Romario Jonoi yang menjatuhkan hukuman itu, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 16 Disember 2024.

Zainuzim terdahulu didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di kediaman mereka di Kampung Nangka pada 11 Disember 2024, jam 1 pagi.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, anak pengadu iaitu tertuduh pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Pengadu kemudian menegur tertuduh dengan cara baik, namun dimarahi tertuduh yang kemudian memukul pengadu menggunakan tangan.

Pengadu yang dipukul di bahagian tangan dan rusuk kiri serta betis kanan, segera membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pada 16 Disember 2024, jam 9.50 pagi, tertuduh telah ditahan oleh pihak polis di rumah mereka.

Siasatan yang dijalankan mendapati pada 11 Disember 2024, jam 1 pagi, tertuduh tiba di rumah dalam keadaan mabuk.

Ketika ditegur ayahnya, tertuduh bertindak memukul mangsa serta mengeluarkan kata ugutan 'Mun aku masuk jel kelak, keluar dari jel siap kitak kamek bunuh kelak' bermaksud "Jika aku masuk penjara kelak, keluar dari penjara siap awak saya bunuh."

Apabila abang tertuduh melihat tertuduh memukul ayahnya, dia cuba menghalang namun tertuduh bertindak menoreh belakang abangnya itu dengan menggunakan kunci motosikal, menyebabkan kecederaan sepanjang 48 sentimeter (sm).

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323, 506 dan 324 Kanun Keseksaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049852 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list