CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15159|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:45 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.

Lesen bertempoh 30 tahun itu berkuatkuasa mulai 5 Feb lepas dengan yuran tahunan sebanyak RM300,000.

Lesen tersebut akan memberikan hak-hak seperti perancangan, pembinaan, pemasangan, penggunaan, pengendalian selain menyelenggara sistem fotovoltan solar (PV) untuk penjanaan tenaga solar dalam kawasan seluas 3,000 ekar di daerah Salak , Kuching.

"Ini juga meliputi penghantaran serta pengedaran tenaga elektrik termasuk talian, menara dan pencawang kepada pengguna bukan domestik di bawah lesen berkenaan,” katanya lagi.

"Ia turut merangkumi pemasangan loji tenaga 300 megawatt, sistem modul solar PV, unit berasaskan penyongsang, pencawang pengubah dan kerja-kerja elektrik untuk menjana serta membekalkan tenaga solar kepada pengguna bukan domestik di kawasan yang dijadualkan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.069551 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list