CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18518|Reply: 0

[Sabah] YPNM alu-alukan peruntukkan baiki infrastruktur terjejas bencana

[Copy link]
Post time 8-2-2025 11:16 AM | Show all posts |Read mode


DAVID
KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Nasional Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah, menghargai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan peruntukan segera untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak.

Pengerusinya, David Chan berkata langkah ini amat bertepatan memandangkan beberapa daerah di Sabah sedang berdepan dengan bencana banjir.

“Bencana ini menjejaskan ramai penduduk di beberapa kawasan seperti Beaufort, Keningau, Kinabatangan dan Tenom menyebabkan pemindahan penduduk, kerosakan harta benda, serta kehilangan sumber pendapatan.

“Peruntukan ini akan membantu menyediakan bekalan keperluan asas, tempat perlindungan sementara, bantuan perubatan dan sokongan logistik kepada mangsa yang terjejas.

“Pendekatan proaktif Perdana Menteri membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat, khususnya di kawasan yang kerap dilanda banjir seperti pantai timur Sabah dan kawasan pedalaman,” katanya.

Oleh itu katanya, pihaknya menyeru pihak berkuasa agar memastikan agihan dana ini dilakukan dengan cepat, telus dan sampai kepada mangsa yang benar-benar memerlukan.

“Selain itu, YPNM turut menggesa kerajaan negeri dan tempatan untuk mempertingkatkan langkah pencegahan banjir, termasuk menambah baik sistem perparitan, melaksanakan projek tebatan banjir yang lebih berkesan serta menyediakan pelan jangka panjang bagi menghadapi bencana alam.

“Pendidikan dan kesedaran masyarakat mengenai kesiapsiagaan menghadapi bencana juga perlu diberi penekanan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043023 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list