
DALAT: Pihak penganjur Kelab Rando Pejabat Daerah Kecil Oya ingin memaklumkan bahawa Pertandingan Memesey (Memancing) yang pada asalnya dijadualkan pada 8 Februari 2025, telah ditangguhkan kepada tarikh baru, iaitu 15 Februari 2025.
Pertandingan ini akan tetap diadakan di Pantai Tapak Kaul Oya dan berlangsung dari jam 7 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Menurut kenyataan medianya, acara ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan aktiviti rekreasi mesra alam, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Mohamad Fakry Abdul Rahman di talian 016-8846010 atau Siti Sapura Hanipah di 010-9723382.
|