CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10224|Reply: 0

[Sarawak] Perahu karam, warga emas hilang ditemui meninggal dunia

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:15 PM | Show all posts |Read mode




Pasukan bomba mengusung mayat mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
BINTULU: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang setelah perahu dinaikinya karam di Sungai Anap pada petang Rabu lalu ditemui meninggal dunia pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mayat mangsa, Lila Jali, 69, dijumpai oleh orang awam dan anak mangsa di tepi Sungai Sangan pada jam 8.15 pagi.

"Pasukan Keluaran Khas (PKO) kemudiannya bergerak ke lokasi dengan menggunakan sebuah bot bagi mengambil mayat mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Justeru katanya, usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada hari ketiga hari ini ditamatkan pada jam 11.30 pagi.

Dalam insiden petang 5 Februari lalu, mangsa dan isterinya dikatakan sedang bergerak dari rumah panjang mereka menuju ke pekan Sangan untuk menghantar anak mereka.

"Dalam perjalanan balik, perahu yang dinaiki kedua-duanya karam menyebabkan mangsa hilang dipercayai dibawa arus deras," ujarnya.

Isteri mangsa bagaimanapun diselamatkan oleh penduduk yang berada berhampiran lokasi kejadian.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.051593 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list