CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10385|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak teruskan penggunaan sistem PRABN pada suku pertama tahun ini

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:23 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Denny, Henry Sum, Jayson, Liaw, Awang Tengah, Morliah dan tetamu lain ketika memeriahkan kunjungan TBC dan pembukaan Restoran Makan-Makan Lawas, pada Sabtu.
LAWAS: Sarawak akan meneruskan penggunaan sistem Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) pada suku pertama tahun ini membabitkan kawasan-kawasan berisiko banjir di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Sarawak Datu Ahmad Denney Ahmad Fauzi berkata, tender sistem PRABN yang banyak digunakan di Semenanjung sudah ditutup baru-baru ini dan akan diteruskan semula tahun ini.

Katanya, program itu bertujuan untuk membangunkan sistem yang berupaya meramal banjir dan mengeluarkan hebahan amaran lebih awal.

“Tender PRABN yang digunakan di Sarawak tahun lepas telah ditutup baru-baru ini, kita akan menggunakannya lagi pada tahun ini.

“Saya berharap program ini dapat dilaksanakan pada suku pertama tahun ini melibatkan  kawasan-kawasan berisiko banjir di Sarawak,” katanya ketika ditemui media pada kunjungan Tahun Baru Cina (TBC) Liaw Leong Pun, Chop Leong Seng Hardware and Machinerles Lawas serta pembukaan Restoran Makan-Makan Lawas di sini pada Sabtu.

Hadir memeriahkan program itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Residen Bahagian  Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Setiausaha Politik kepada Premier Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa dan pemilik Restoran Makan-Makan Lawas Jayson Liaw.
Denny berkata lagi, sistem PRABN itu membolehkan JPS membuat amaran untuk penduduk terjejas berpindah sekurang-kurangnya tiga jam sebelum banjir berlaku, selain sebagai langkah awal menghadapi bencana itu.

“Kelebihan PRABN ialah memberi amaran kepada penduduk terjejas berpindah sekurang-kurangnya tiga jam sebelum banjir berlaku.

“Ini membolehkan orang ramai menyelamatkan diri atau barangan mereka,” ujarnya lagi.
Katanya, antara kawasan berisiko dilanda banjir yang dikenal pasti termasuk Bintulu, Miri, Mukah, Kuching, Sri Aman dan Betong.

Katanya lagi, hujan lebat yang melebihi 900 milimeter (mm) dalam jangka masa 24 jam di Bintulu dari 28 hingga 29 Januari lalu menyebabkan bandar Bintulu dilanda banjir yang teruk.
Pada majlis itu, Denny dan tetamu turut berkesempatan menikmati hidangan yang disajikan di Restoran Makan-Makan Lawas yang dibuka pada awal Januari lalu.

Restoran Makan-Makan Lawas menawarkan menu halal berkonsepkan makanan nusantara dan makanan Semenanjung Malaysia.

Hidangan rendang tok yang popular di Pantau Timur antara menu yang disajikan selain  ayam penyet serta hidangan menarik lain, selain mengetengahkan resipi tradisional Melayu sentuhan daripada cef dari Semenanjung, Razmi Ismail.

Restoran Makan-Makan juga menawarkan set makanan berbuka puasa pada Ramadan nanti.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035563 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list