Edited by Vellfire at 8-2-2025 10:53 PM

MIRI: Orang ramai di sekitar Emart Tudan dikejutkan dengan penemuan mayat tanpa identiti di dalam parit sekitar 6.30 petang tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, PBT II Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan pada 5.32 petang. “Sejurus panggilan, kita mengarahkan sepasukan anggota dari BBP Lutong ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, pasukan bomba kemudian membawa jasad mangsa keluar dari parit dengan bantuan pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Henry, mayat mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan.
Katanya, kakitangan KMM mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 6.30 petang.
“Mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
|