CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25047|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isu 40 ke 50 murid satu kelas: Kerajaan usaha bina lebih banyak sekolah baharu

[Copy link]
Post time 10-2-2025 01:42 AM | Show all posts |Read mode
Isu 40 ke 50 murid satu kelas: Kerajaan usaha bina lebih banyak sekolah baharu

Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 9, 2025 @ 9:27pm [email protected]






Fadhlina (tengah) bersama pimpinan Perpaduan Pulau Pinang menggaul Yee Sang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap, Nibong Tebal. - Foto NSTP/ Nur Izzati Mohamad





NIBONG TEBAL: Kerajaan berusaha meningkatkan pembinaan sekolah baharu dengan 44 sekolah akan dibina tahun ini bagi memenuhi keperluan serta menangani isu kepadatan murid dalam satu kelas terutama di kawasan bandar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sentiasa mengambil perhatian penuh terhadap isu sekolah padat kerana mahu memastikan murid dapat belajar dalam suasana kondusif.

Katanya, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kementerian memberi jaminan bahawa perkara itu sedang diatasi.

"Sebab itu, kalau kita lihat, dari tahun ke tahun memang akan ada pembinaan sekolah baharu bagi memastikan anak-anak kita (di sesuatu kawasan yang dikenal pasti sekolah padat) dapat ditempatkan di sekolah lain (sekolah baharu yang dibina)

"Ini kerana kita nak memastikan bahawa anak-anak kita (dapat belajar dalam persekitaran) sekolah kondusif.

"Pada masa sama, kita juga memohon kerjasama ibu bapa dalam konteks untuk memastikan suasana kondusif ini dapat berbincang dengan KPM dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) untuk (mengatasi permasalahan sekolah padat), namun berdasarkan kepada unjuran yang telah pun dibuat dari semasa ke semasa memang kita ambil perhatian penuh dan memang dalam tindakan kita," katanya.

Beliau diminta mengulas isu tular berhubung rungutan ibu bapa khususnya di sekolah bandar yang mendakwa terdapat antara 40 ke 50 murid dalam satu kelas.

Kepadatan itu menyebabkan mereka bimbang guru tidak dapat memberi tumpuan mengajar termasuk anak-anak juga akan kehilangan fokus untuk belajar memandangkan murid terlalu ramai.

Terdahulu Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau juga memberi jaminan isu sekolah padat akan ditangani dengan lebih efektif.

Berdasarkan belanjawan bagi lima tahun terakhir yang dikongsikan KPM, kerajaan membina 11 sekolah baharu pada 2021, masing-masing sembilan sekolah pada 2022 dan 2023, 26 sekolah (2024) dan 44 sekolah baharu tahun ini

Data itu menunjukkan dua tahun terakhir kerajaan telah berusaha meningkatkan pembinaan sekolah baharu bagi memenuhi keperluan dan menangani isu sekolah padat terutamanya di kawasan bandar.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1359361/isu-40-ke-50-murid-satu-kelas-kerajaan-usaha-bina-lebih-banyak





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.518278 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list