CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24998|Reply: 0

[Pulau Pinang] GISBH: Kanak-kanak ikuti persekolahan selepas kes mahkamah selesai - Fadhlina

[Copy link]
Post time 10-2-2025 01:45 AM | Show all posts |Read mode
GISBH: Kanak-kanak ikuti persekolahan selepas kes mahkamah selesai - Fadhlina

Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 9, 2025 @ 10:32pm [email protected]




Fadhlina menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/NUR IZZATI MOHAMAD




NIBONG TEBAL: Kanak-kanak yang diselamatkan polis melalui Ops Global tahun lalu dan sedang menghadapi kes berkait GISB Holdings (GISBH) di mahkamah, akan mengikuti sesi persekolahan baharu sebaik saja proses itu selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya masih mendapatkan dan mengumpul data terperinci berhubung kanak-kanak terbabit.

Beliau menjelaskan, kanak-kanak terbabit sebelum ini mengikuti kelas khas kendalian Kementerian Pendidikan (KPM) di tempat perlindungan ditetapkan, namun dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada kes mahkamah yang dihadapi.

"Sebenarnya dalam perkara ini, kita masih mendapatkan dan mengumpulkan data memandangkan pada sesi lalu, kita hentikan sebentar (kelas khas) untuk mereka kerana meneruskan kes-kes mereka di mahkamah.

"Jadi, sebaik saja selesai proses itu semua (kes mahkamah), saya ingat tidak ada masalah untuk mereka ke sekolah dan meneruskan sesi persekolahan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang, di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menyerbu premis berkait GISBH dan menyelamatkan lebih 400 kanak-kanak serta remaja berusia satu hingga 17 tahun.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1359373/gisbh-kanak-kanak-ikuti-persekolahan-selepas-kes-mahkamah-selesai





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 1.042570 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list