CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31222|Reply: 0

[Kedah] 11 peserta ekspedisi kapal layar tiba di Langkawi

[Copy link]
Post time 10-2-2025 07:15 PM | Show all posts |Read mode
11 peserta ekspedisi kapal layar tiba di Langkawi

Oleh Hamzah Osman - Februari 10, 2025 @ 6:44pm [email protected]




Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Negeri Perlis (PPLNP), Mohd Nasri Morad (belakang, berbaju putih, tengah) diiringi jurulatih, Muhamad Fauzan (kiri sekali) dan Norhisham Mat Nor (kanan sekali) ceria bergambar dengan sebahagian 11 peserta Ekspedisi Pelayaran Kuala Perlis ke Langkawi yang berjaya tiba Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Kelibang, Langkawi. - Foto NSTP/HAMZAH OSMAN.




LANGKAWI: Seramai 11 peserta berjaya menamatkan program Ekspedisi Pelayaran Kuala Perlis ke Langkawi menggunakan kapal layar Optimist dan Laser sejauh 43.5 kilometer yang berakhir di sini, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas peserta berusia antara sembilan hingga 15 tahun itu mengerah kudrat dalam cuaca panas terik selama lapan jam sebelum tiba Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Kelibang di sini, pada jam 5 petang tadi.

Ekspedisi kapal layar berskala besar dan julung kali itu dianjurkan oleh Persatuan Perahu Layar Negeri Perlis (PPLNP) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perlis.

Terdahulu, pelepasan peserta disempurnakan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli Jeti Kompleks Kastam Kuala Perlis, Perlis pada jam 9 pagi.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan; Presiden PPLNP, Datuk Azhar Ahmad dan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Sepanjang ekspedisi, peserta masing-masing mengemudi kapal layar menelusuri perairan Kuala Perlis, Pulau Timun, Selat Pancur dan Pulau Bumbon Besar sebelum tiba di Kuah di sini, dipantau dua jurulatih perahu layar PLNP, Norhisham Mat Nor dan Muhamad Fauzan.

Timbalan Presiden PPLNP, Mohd Nasri Morad, berkata ekspedisi itu bertujuan membina ketahanan mental dan fizikal peserta yang bakal menyertai Regata Perdana Antarabangsa Langkawi (LIRP) 2025, mulai Khamis ini, di sini.

"Mereka (peserta ekspedisi) telah membuat persiapan selama sebulan di bawah kendalian Norhisham dan Muhamad Fauzan bagi mengharungi cabaran belayar di laut terbuka sepanjang Kuala Perlis-Langkawi.

"Alhamdulillah, walaupun berdepan cabaran tiupan angin yang agak perlahan antara lima hingga 10 knot, mereka akhirnya berjaya tiba destinasi dituju dan mengakhiri ekspedisi dengan selamat," katanya ketika ditemui.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/02/1359758/11-peserta-ekspedisi-kapal-layar-tiba-di-langkawi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.940520 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list