CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41|Reply: 0

[Sarawak] KPD: Dakwaan polis Miri lambat ambil tindakan kes jenayah adalah tidak benar

[Copy link]
Post time 15-2-2025 10:26 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Alexson Naga Chabu menyangkal dakwaan polis lambat mengambil tindakan menyelesaikan kes jenayah termasuk kes-kes pecah rumah di sini.

Menurut Alexson, polis akan terus mengesan dan menangkap penjenayah yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

Beliau berkata demikian mengulas tentang laporan akhbar tempatan berbahasa Cina yang diterbitkan pada 11 Februari bertajuk 'Pemilik Rumah Mengadu Tindakan Pengendalian Pihak Polis Miri Tidak Memuaskan. Rumah Sebulan Kena Pecah Masuk 3 Kali.'

Mengulas lanjut, Alexson berkata, hasil semakan mendapati laporan polis dibuat oleh pengadu pada 29 Januari telah disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan.

Pada 1 Februari 2025, pihak polis telah menangkap dua lelaki bersangkut kes itu dan kedua-dua suspek telah dituduh di bawah Seksyen 37 (1) Ordinan kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak pada 5 Februari.

"Walaupun suspek-suspek telah dituduh, pihak polis masih lagi giat mengesan dan menangkap ahli penjenayah lain terlibat dalam kejadian ini sebagai tindakan susulan," tegasnya dalam kenyataannya pada Khamis.

Beliau memberitahu, beberapa dakwaan pengadu kepada akhbar tersebut di mana pihak polis lambat mengambil tindakan sehingga menyebabkan kes ini gagal diselesaikan dan pihak polis memberi ruang serta peluang kepada penjenayah adalah tidak benar.

Sehubungan itu, polis ingin mengingatkan orang awam bahawa membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah.

Beliau menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memviralkan isu-isu yang belum disemak kesahihan di media sosial yang mana ianya boleh menimbulkan kerisauan dan kegusaran di kalangan masyarakat tempatan.

"Selain itu juga, masyarakat juga diminta untuk sentiasa peka dengan persekitaran masing-masing serta meningkatkan sistem kawalan keselamatan di kediaman seperti pemasangan CCTV ataupun sistem alat penggera," tambahnya.

Alexson meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan itu untuk tampil ke balai polis yang terdekat atau menghubungi di talian 085-433730 untuk menyalurkan malklumat berkaitan.

Menurutnya pihak polis amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran Daerah Miri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035954 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list