CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak, Jepun perkukuh kerjasama pelbagai bidang strategik

[Copy link]
Post time 15-2-2025 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-2-2025 02:31 PM



Abang Johari dan Shikata berbincang antara satu sama lain semasa kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak dan Jepun terus mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk tenaga hijau, akademik dan pelancongan.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Duta Besar Jepun di Malaysia Shikata Noriyuki berkata, komitmen itu terus diperkukuhkan dengan bekerjasama Sarawak dalam bidang tenaga hijau.

Kerjasama ini katanya, susulan perbincangan antara Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu di mana Sarawak dikenali sebagai pemain utama dalam peralihan tenaga bersih, hingga menarik minat syarikat Jepun untuk melabur dalam projek hidrogen dan ammonia.

“Kami melihat potensi besar dalam dasar tenaga Sarawak, terutamanya dalam penggunaan sumber hijau seperti hidroelektrik, serta pembangunan hidrogen dan ammonia.

“Jepun bersedia untuk menyokong inisiatif ini,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.


Abang Johari menerima kunjungan daripada Shikata. - Gambar UKAS

Selain itu, perbincangan turut menyentuh kerjasama akademik antara Universiti Kyoto dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam pemuliharaan biodiversiti dan hutan hujan Sarawak.

Jepun berhasrat memperkukuh hubungan akademik ini untuk melindungi alam sekitar dan menggalakkan penyelidikan bersama.

Dalam sektor pelancongan, Jepun berminat untuk meneroka peluang mewujudkan penerbangan terus antara Sarawak dan Jepun.

Duta Besar Jepun menekankan hubungan udara langsung ini bukan sahaja akan memudahkan pelancong Jepun ke Sarawak, tetapi juga memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk melawat Jepun, terutamanya sempena Ekspo Osaka Kansai pada April nanti.
“Kami percaya hubungan lebih erat antara Jepun dan Sarawak akan membuka banyak peluang baharu, dan kami berharap dapat merealisasikan projek kerjasama yang lebih konkrit dalam masa terdekat,” tambah beliau.

Dengan dasar progresif Sarawak dalam tenaga hijau dan komitmen Jepun untuk menyokong inisiatif ini, hubungan antara kedua-dua pihak dijangka terus berkembang, membawa manfaat kepada kedua-dua negara dalam pelbagai sektor.


Abang Johari (tengah), Shikata (empat kiri) merakamkan gambar bersama yang lain. - Gambar UKAS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037594 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list