CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44|Reply: 0

[Sarawak] BDA kemas kini status kerja pembersihan pascabanjir

[Copy link]
Post time 15-2-2025 10:42 PM | Show all posts |Read mode


Kakitangan BDA yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan di kawasan penempatan penduduk di Bintulu.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyenaraikan status kerja-kerja pembersihan pada Khamis setakat jam 7 malam telah siap 95.1 peratus di jalan utama, 88.6 peratus (lorong) dan 59.4 peratus (sampah kecil).

Dalam kenyataannya BDA memaklumkan kawasan yang belum diambil tindakan pembersihan adalah 4.9 peratus di jalan utama, 5.7 peratus (lorong) dan 15.6 peratus (sampah kecil).

"Berbanding status pada 12 Februari terdapat peningkatan dalam peratusan kerja-kerja yang telah siap," tambah kenyataan itu.

Katanya, kawasan-kawasan yang terlibat ialah Taman Bandar Jaya, Pine Court, RPR Sebiew A/Martabat, Chin Lee Garden, Kampung Tinggal, Taman Desa Damai, Taman Kemena Sutera, Taman Bukit Orang, RPR Sebiew B, Pearl Garden/RPR BDA Sibiyu, Medan Ginseng, Taman Jason, YTD Garden, Kidurong Avenue, Taman Bamboo, Happy Garden, Taman Putrajaya.

Diikuti Kampung (Kg) Baru, Kg Dato, Kg Sebiew, Kg Masjid, Kg Sinong, Springville Garden, Gem Park, Sg Plan, SK Asyakirin, San San Garden, Shoplot Tanjung Batu, Seaview, Kuarters Kerajaan Negeri (JSI), Iris Garden, Sg Setiam, Samarakan, Beo Kernel Plant, Sebiew IndustryIng Ling Resident, Taman Pelita, Junction 5 (Beverly Hill), Karisma Plantation, Hung Hung Garden, Taman Permaisuri, NCP Garden, Kuala Segan, Jepak dan Taman Bilangan
Seramai 300 kakitangan BDA bersama komuniti setempat bekerjasama dalam program gotong-royong membersih sampah sarap rumah akibat banjir yang berlaku pada 29 Januari lalu.

Sehubungan itu, BDA berterima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam memastikan kawasan terbabit kembali bersih dan selesa.


Kawasan parkir jalan utama depan Bangunan Martabat RPR Sebiew A yang telah dibersihkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049115 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list