![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250214/pps.jpeg)
KUCHING: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir masih aktif di negeri ini setakat jam 4 petang tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), dua PPS berkenaan adalah di Bahagian Miri.
PPS berkenaan menempatkan 63 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan 202 orang mangsa yang terjejas akibat banjir.
Sementara itu bagi mangsa terjejas akibat tanah runtuh, tiga PPS yang masih aktif yang menempatkan 52 KIR dengan 211 orang mangsa.
Bagi PPS yang menempatkan mangsa kebakaran, terdapat satu PPS masih aktif yang menempatkan tujuh KIR dengan 35 orang mangsa.
Secara keseluruhan enam PPS masih aktif di negeri ini, menempatkan 122 KIR dengan 448 orang mangsa.
Tiada PPS yang diisytihar ditutup setakat jam 4 petang, hari ini.
|