CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 0

[Sarawak] Kempen Tempat Duduk Percuma dengan tambang promosi AirAsia kini kembali

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:21 PM | Show all posts |Read mode


Amanda (tengah) diapit kru AirAsia bagi kempen Tempat Duduk Percuma dengan tambang promosi sehingga 15 juta tempat duduk ke lebih 130 destinasi.

KUCHING: AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk Percuma dengan tambang promosi sehingga 15 juta tempat duduk ke lebih 130 destinasi.

Menurut kenyataan AirAsia hari ini, kempen tersebut membuktikan komitmen AirAsia dalam menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) oleh Tourism Malaysia untuk meningkatkan sektor pelancongan negara.

“Para tetamu boleh memilih untuk mengunjungi destinasi menarik di Malaysia seperti ke Johor Bahru, Miri, Bintulu, Sandakan dan banyak lagi dari Kuala Lumpur dengan tambang bermula daripada RM39 termasuk semua sehala.

“Bagi pengembara yang ingin menerokai destinasi antarabangsa seperti Singapura, Da Lat, Phuket dan banyak lagi mereka boleh menikmati tambang daripada RM75 termasuk semua  sehala,” katanya.

Selain itu, nikmati pengalaman percutian bersama AirAsia X ke destinasi menarik seperti Changsha, Perth, Shanghai, Almaty, Nairobi dan banyak lagi dengan tambang bermula daripada RM359 termasuk semua sehala atau nikmati perjalanan dengan lebih selesa dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan tambang bermula RM899 termasuk semua sehala.

Sempena pelancaran kempen itu, AirAsia menganjurkan acara Tempat Duduk Percuma di Johor Bahru City Square Mall selama dua hari bermula hari ini.

Para pengunjung boleh memenangi hadiah eksklusif daripada AirAsia Duty Free & Merchandise, Santan, AirAsia MOVE dan lain-lain.

“Acara ini turut menampilkan persembahan artis tempatan dan sesi bual bicara yang menarik bagi memeriahkan suasana,” tambahnya.

Ketua Pegawai Komersial AirAsia Aviation Group Amanda Woo berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk menawarkan sehingga 15 juta tempat duduk promosi kepada para tetamu untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih berpatutan sehingga tahun 2026.

Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen kami unutk menyokong inisiatif VM2026, bukan sahaja untuk menarik pelancong ke Malaysia tetapi juga bagi mempromosikan destinasi di ASEAN selaras dengan misi utama kami sebagai jenama tempatan di peringkat ASEAN.

“Sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian luas di ASEAN, kami yakin dapat membantu mencapai sasaran 35.6 juta kedatangan pelancong untuk VM2026, serta memastikan setiap negeri di Malaysia bersedia menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai,” jelasnya.

Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia bermula hari ini, 15 Februari 2025 pada jam 12 tengah hari hingga 23 Februari 2025 di airasia.com atau menerusi aplikasi AirAsia MOVE untuk perjalanan antara 1 Julai 2025 hingga 15 Jun 2026.

Kempen Tempat Duduk Percuma hanya terpakai untuk tambang asas sahaja, tidak termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan pengawalseliaan, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkaitan.

Tambang promosi termasuk semua sehala bermula daripada RM39 (Domestik), RM75 (Antarabangsa) dan RM359 (Antarabangsa), termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan pengawalseliaan, surcaj bahan api dan caj lain yang berkaitan.
Tertakluk pada terma dan syarat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.439100 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list