CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1428|Reply: 0

[Sarawak] Semua PPS mangsa banjir di Sarawak ditutup

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:27 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir di negeri ini telah ditutup, setakat jam 4 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), ia menjadikan kesemua 80 PPS yang terlibat menempatkan mangsa banjir sebelum ini telah diisytihar ditutup sepenuhnya.

Selain PPS mangsa banjir, turut ditutup sepenuhnya juga PPS bagi menempatkan mangsa kebakaran.

Bagaimanapun, hanya tiga PPS yang masih aktif di negeri ini iaitu bagi menempatkan mangsa tanah runtuh, satu PPS di Sibu dan dua PPS di Miri.

PPS di Sibu menempatkan sembilan ketua isi rumah (KIR) dengan 41 mangsa.

Sementara di Miri, dua PPS berkenaan menempatkan 43 KIR dengan 170 mangsa.

Secara keseluruhan, tiga PPS menempatkan 52 KIR dengan 211 mangsa bagi tanah runtuh.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.074850 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list