CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1631|Reply: 0

[Sarawak] Tiada keperluan garis panduan umat Islam hadiri majlis bukan Islam: Premier

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:29 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari berucap pada Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB Sarawak hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menolak garis panduan untuk umat Islam ke majlis atau upacara bukan Islam di negeri ini.

Tegas Abang Johari, tiada keperluan untuk garis panduan seperti itu diwujudkan di Sarawak di mana ramai rakyatnya yang berkahwin campur.

“Kita ada perkahwinan campur, bagaimana hendak kita wujudkan garis panduan seperti itu.

“Di Lutong, terdapat gereja dan masjid terletak bersebelahan. Kalau ada garis panduan seperti itu ia hanya akan membawa kepada pergaduhan.

“Sebab itulah di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS), kita seimbang dalam kita menjaga Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Ke-16 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Abang Johari yang juga Presiden PBB menambah, tidak menjadi kesalahan untuk umat Islam menghadiri perkahwinan bukan Islam.

Malah katanya, tidak menjadi kesalahan untuk umat Islam turut serta dalam upacara minum teh dalam perkahwinan antara pasangan Islam dengan Cina.

“Begitu juga kalau kita kahwin dengan Iban bukan Islam, apa salah duduk atas gong dan tidak salah untuk orang bukan Islam memakai songkok ke majlis Islam,” kata Abang Johari.

Pegangan agama kata Abang Johari, adalah antara individu dengan Tuhan dan sebab itulah keterangkuman sosial adalah penting.

Malah katanya, dalam Islam juga menyuruh umatnya memanjangkan persefahaman dengan manusia.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata tiada keperluan untuk garis panduan tersebut diwujudkan dan perkara itu telah dimuktamadkan dalam mesyuarat kabinet 7 Februari lepas.

Perdana Menteri menjelaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang agama rasminya Islam, kepentingan kaum dan agama lain di negara ini juga harus dijaga bagi memelihara keamanan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049899 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list