CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10046|Reply: 0

[Sabah] Robert Pertemuan bersemuka beri peluang pemimpin setempat menyuarakan, menyelesaikan isu akar umbi

[Copy link]
Post time 16-2-2025 02:03 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Pemimpin setempat dari Mukim Tuarid Taud dan Bunga Raya merakamkan gambar kenangan bersama Robert sempena pertemuan itu.

KENINGAU: Demi memastikan pembangunan dan kebajikan masyarakat luar bandar terus diberi perhatian, satu sesi interaksi bersemuka antara pemimpin akar umbi dan pihak berkepentingan telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor.

Program yang diketuai Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik merupakan kesinambungan daripada sesi sebelumnya di Mukim Tuntumulud, Bingkor, Apin-Apin dan Mukim Merampong.

Kali ini, tumpuan diberikan kepada Mukim Tuarid Taud dan Bunga Raya.

Program itu bertujuan memberi ruang serta peluang kepada pemimpin kampung menyampaikan isu-isu berkaitan pembangunan, keselamatan penduduk, infrastruktur, penternakan dan pertanian.

Lebih penting, ia membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan jawapan serta penjelasan terus daripada pihak berwajib, sekali gus mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat melalui media sosial.

Dalam ucapannya, Robert menekankan pentingnya pemimpin kampung menjalankan amanah mereka dengan penuh komited dan melaporkan sebarang permasalahan terus kepada jabatan serta agensi berkaitan, termasuk Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Beliau juga mengingatkan supaya tidak menggunakan media sosial untuk menguar-uarkan isu tanpa asas kukuh, kerana ia hanya menambah kekeliruan dan mencetuskan provokasi tanpa penyelesaian konkrit.

"Saya menyeru semua pemimpin kampung agar terus menjadi mata dan telinga serta perantara yang berkesan antara rakyat dan kerajaan. Laporkan masalah kepada pihak yang bertanggungjawab, bukan di media sosial yang hanya memburukkan keadaan tanpa solusi," katanya.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Christine Tiffany Chrise Lohindun; Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau DSP Alizam Hj. Dalaman; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) BIngkor  Junior Fred Vincent Marukau; Ketua Daerah Bingkor OKK Daniel  Palangi; Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil syarikat konsesi; serta Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Wakil Ketua Anak Negeri, (WKAN) dan Ketua Kampung dari Mukim Tuarid Taud dan Bunga Raya.

Dalam pada itu, Robert turut merakamkan penghargaan kepada semua ketua jabatan, wakil syarikat konsesi serta agensi yang hadir, selain ucapan terima kasih kepada SK Bingkor atas kesudian membenarkan penggunaan dewan bagi program itu.

Program terbabit diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara pemimpin akar umbi dan pihak kerajaan termasuk memastikan segala perancangan pembangunan serta penyelesaian masalah rakyat dapat dilaksanakan secara efisien dan berpandukan maklumat yang sahih.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/15/pertemuan-bersemuka-beri-peluang-pemimpin-setempat-menyuarakan-menyelesaikan-isu-akar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.443168 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list