CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10285|Reply: 0

[Sabah] Dua rumah musnah terbakar di Pasir Putih Tawau

[Copy link]
Post time 16-2-2025 05:18 PM | Show all posts |Read mode




MUSNAH: Dua buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Budaya Pasir Putih, Tawau musnah dalam kebakaran.
TAWAU: Sekurang-kurangnya dua buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Budaya Pasir Putih, di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.33 tengah hari.

Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama empat buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran berkenaan membabitkan dua buah rumah jenis separuh kekal.

“Pasukan bomba menggunakan empat pancutan sumber air dari jentera bomba dalam operasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, kebakaran itu hanya membabitkan kerosakan harta benda sahaja, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

“Kebakaran mula terkawal pada jam 1.05 petang dan pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan api terpadam sepenuhnya.

“Pasukan bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041028 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list