CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26688|Reply: 0

[Kedah] Peruntukan RM1 bilion untuk pesawah bukti kesungguhan kerajaan tingkat hasil padi

[Copy link]
Post time 28-2-2025 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-2-2025 07:28 PM

Peruntukan RM1 bilion untuk pesawah bukti kesungguhan kerajaan tingkat hasil padi

NURUL HIDAYAH HAMID
28 Februari 2025 05:36pm




Mohammed Taufiq




SUNGAI PETANI - Peruntukan hampir RM1 bilion bagi Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Fasa 1 membuktikan kesungguhan kerajaan meningkatkan hasil padi.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, projek dalam tempoh dua tahun melibatkan keluasan sekitar 11,000 hektar itu adalah bukti nyata usaha kerajaan dalam meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus dan menaikkan pendapatan 6,100 pesawah sehingga 43 peratus.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani atas komitmen mereka dalam menjadikan industri padi dan beras sebagai tunjang keterjaminan makanan negara.

"Rakyat Kedah khususnya golongan petani berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana tidak meminggirkan atau menganaktirikan mana-mana negeri termasuk negeri pembangkang.


"Inisiatif ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira perbezaan politik,"katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohammed Taufiq berkata, Perdana Menteri turut membantu pesawah melalui inisiatif lain seperti pemberian bantuan khas oleh Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan bantuan banjir untuk Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).


Beliau menyifatkan, kangkah-langkah ini amat bermakna bagi meringankan beban pesawah yang terjejas akibat bencana alam.

"Kita perlu mengakui bahawa kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak pernah mengambil inisiatif sebegini untuk negeri-negeri pembangkang dan pesawah padi," katanya.


Tambah beliau, usaha ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar komited dalam memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

Menurutnya lagi, beliau yakin Kerajaan Madani akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam hal ini demi memastikan keterjaminan makanan negara dan kesejahteraan pesawah terus terpelihara.

https://www.sinarharian.com.my/article/715294/berita/nasional/peruntukan-rm1-bilion-untuk-pesawah-bukti-kesungguhan-kerajaan-tingkat-hasil-padi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.627847 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list