Restoran muslim di Alor Setar hanya boleh beroperasi jam 3 petang sepanjang Ramadan
Noorazura Abdul Rahman[email protected]

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Alor Setar: Semua pengusaha premis makanan dan minuman yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam di Alor Setar hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 3 petang sepanjang Ramadan bermula esok.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Ghafar Yahya berkata arahan itu dibuat selaras dengan keputusan pihak berkuasa negeri mengenai perkara itu.
Katanya arahan itu bagaimanapun dikecualikan ke atas restoran-restoran makanan antarabangsa bukan Islam.
"Semua pemilik premis makanan dan minuman milik orang Islam hendaklah mematuhi arahan ini termasuk syarat-syarat pelesenan yang berkuatkuasa.
"Tindakan akan diambil sekiranya tidak mematuhi arahan ini, bersama-samalah kita beramal sepanjang bulan Ramadan," katanya menerusi notis pemakluman Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerusi hantaran Facebook.
Disiarkan pada: Mac 1, 2025 @ 2:21pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1192225/restoran-muslim-di-alor-setar-hanya-boleh-beroperasi-jam-3-petang-sepanjang
|