CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11219|Reply: 0

[Kedah] Beras tempatan sukar didapati di pasaran

[Copy link]
Post time 2-3-2025 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 2-3-2025 09:44 AM

Beras tempatan sukar didapati di pasaran

ROSHILA MURNI ROSLI
02 Mac 2025 09:00am




Rak jualan di sebuah pasar raya di Alor Setar yang hanya dipenuhi beras import. Foto kecil: Rodziah




ALOR SETAR – Bekalan beras putih tempatan (BPT) masih sukar didapati di pasaran sejak awal tahun ini, menyebabkan pengguna terpaksa bergantung kepada beras import yang harganya lebih mahal.

Tinjauan Sinar Ahad di beberapa lokasi mendapati rak jualan beras hanya dipenuhi beras import pelbagai jenama.

Seorang jurujual di sebuah pasar raya yang ditemui mendakwa, BPT tidak masuk ke pasar raya itu sejak awal tahun ini.

“Sehingga sekarang, hanya beras import yang ada di rak jualan. Pelanggan kerap bertanya, tetapi kami sendiri tak pasti bila bekalan akan masuk semula.


“Kalau betul pihak kementerian mahu mula menghantar beras putih tempatan mulai Mac, itu satu perkara yang bagus. Bulan Ramadan ini permintaan pasti akan meningkat,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Sementara itu suri rumah, Rodziah Hamid, 46, turut meluahkan rasa kecewa kerana sukar mendapatkan beras tempatan dalam tempoh beberapa bulan ini.


“Dah lama sangat tak jumpa beras tempatan. Di kawasan rumah saya, sudah tiga hingga empat bulan tak ada stok. Baru-baru ini, bajet kenduri pun terjejas sebab harga beras import lebih mahal,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/715490/berita/nasional/beras-tempatan-sukar-didapati-di-pasaran


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.063650 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list