CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33480|Reply: 0

[Kedah] Kesihatan kanak-kanak lelaki digigit anjing makin baik

[Copy link]
Post time 2-3-2025 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Kesihatan kanak-kanak lelaki digigit anjing makin baik

Oleh Hamzah Osman - Mac 2, 2025 @ 1:26pm[email protected]





Kesihatan kanak-kanak yang digigit anjing, Ahmad Raihan Abdul Mukmin, empat tahun, yang dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi semakin baik. - Foto ihsan keluarga




LANGKAWI: Keadaan kesihatan kanak-kanak berusia empat tahun, Ahmad Raihan Abdul Mukmin yang parah akibat digigit sekumpulan anjing di Kampung Dede Sungai Menghulu di sini, semalam, semakin baik hari ini.

Ibunya, Nur Solehah Mat Hahir, 25, berkata anaknya bertambah sihat berbanding semalam, namun masih perlu menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini.

"Pagi ini dia (Ahmad Raihan) dah senyum. Setakat ini masih dirawat di hospital dengan bahagian kepala yang koyak akibat digigit anjing masih berbalut.

"Saya juga belum dimaklumkan sama ada pihak hospital akan melakukan ujian virus rabies ke atasnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menjawab pertanyaan lain, Nur Solehah berkata, dia juga tidak dapat mengagak jumlah sebenar anjing yang menyerang anaknya kerana tiada di tempat kejadian.

Media semalam melaporkan, Ahmad Raihan cedera parah di kepala, badan dan kaki akibat digigit sekumpulan anjing berhampiran rumahnya sebelum diselamatkan orang ramai dan dihantar ke HSM.

Laporan itu memetik Nur Solehah sebagai berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi, sekumpulan anjing dilaporkan mengelilingi dan menyerang anaknya sehingga mendatangkan kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari turut mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu dari HSM dan ibu mangsa pada hari kejadian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1367607/kesihatan-kanak-kanak-lelaki-digigit-anjing-makin-baik





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.038893 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list