CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29997|Reply: 0

[Pulau Pinang] Warga emas maut motosikal kemalangan di Jambatan P Pinang

[Copy link]
Post time 2-3-2025 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas maut motosikal kemalangan di Jambatan P Pinang

BERNAMA




GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP



Georgetown: Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata, dalam nahas kira-kira 8.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa yang berusia 71 tahun dipercayai terbabas setelah bergesel dengan sebuah motosikal lain.

"Lelaki warga emas itu maut di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal yang merupakan warga asing dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat dengan kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Lee berkata, kemalangan berasingan membabitkan sebuah kereta dan bas menyebabkan kesesakan teruk di Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua hala sejauh lima kilometer pagi tadi.

Beliau berkata kemalangan pada 9.20 pagi itu menyaksikan kereta berkenaan terbaik dan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan iaitu menghala ke George Town setelah melanggar bahagian belakang bas tersebut.

"Pemandu kereta iaitu seorang wanita berusia 46 tahun dan penumpangnya, 47 tahun bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan kes itu itu disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Disiarkan pada: Mac 2, 2025 @ 5:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1192595/warga-emas-maut-motosikal-kemalangan-di-jambatan-p-pinang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.043746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list