CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25538|Reply: 0

[Johor] Bandar Putra-Indahpura Ke Arah Bandar Pintar Dan Mampan

[Copy link]
Post time 3-3-2025 09:27 PM | Show all posts |Read mode

YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor hadir menyempurnakan pelancaran Bandar Putra-Indahpura ke arah Bandar Pintar dan Mampan di Galeri Rentas Masa, MPKu. | Foto MDJ Wira Anggara.

Kulai – Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) melancarkan pelaksanaan Bandar Putra-Indahpura ke arah bandar pintar dan mampan yang bakal mentransformasi kawasan berkenaan sebagai bandar berteknologi tinggi dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.

Tiga aspek diberikan fokus bagi menjayakan agenda tersebut iaitu memperkasa elemen bandar pintar, rendah karbon dan membangun bandar kembar digital, penyediaan data informasi serta memperkasa pasukan ‘task force’ dan pengindahan laluan utama.

Antara elemen yang bakal mentransformasi Bandar Putra-Indahpura sebagai bandar pintar adalah pencahayaan pintar, sistem keselamatan bersepadu, penggunaan tenaga solar, pengurusan sampah pintar (smart bin) serta lintasan pejalan kaki pintar.

Langkah strategik melibatkan kerjasama pelbagai pihak itu meningkatkan kecekapan pengurusan bandar di Kulai selain dijangka menjadi sistem sokongan bagi kemajuan inisiatif Johor Super Lane (JSL) dan Kulai Fast Lane (KFL) yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Bagi merealisasikan pelaksanaan Bandar Putra-Indahpura ke arah bandar pintar dan mampan, telah berlangsungnya pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPKu bersama IOI Properties Group Berhad dan Genting Property Sdn. Bhd. selaku rakan strategik.

Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor hadir menyempurnakan pelancaran Bandar Putra-Indahpura ke arah Bandar Pintar dan Mampan di Galeri Rentas Masa, MPKu.

Selain itu, diiringi oleh YBhg. Encik Fizwan Dato’ Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai dan YBhg. Encik Mohd Fahmi Salam, Yang Dipertua MPKu, satu lawatan tapak turut diadakan ke Kulai Cycling Park di Indahpura.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 1.068293 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list