View: 28554|Reply: 3
|
[Tempatan]
Ramai menderita teknostres! Adakah anda juga dalam golongan ini?
[Copy link]
|
|
Di mana-mana saja seperti komputer, tablet, komputer riba dan telefon pintar. Inilah hakikat yang terpaksa ditelan menunjukkan betapa eratnya hubungan manusia dengan teknologi. Kehadiran Industri 4.0 dan Masyarakat 5.0 yang bakal membawa perkembangan pesat teknologi automasi, bukan sahaja akan merancakkan lagi penggunaan teknologi, malah meningkatkan lagi kebergantungan manusia kepadanya.
Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripada menerima tempias teknologi ini.
Persoalannya, adakah perkembangan ini benar-benar membawa banyak manfaat dalam kehidupan? Penulis tidak menafikan kebergantungan kepada teknologi memang tidak dapat dielak kerana hampir semua aktiviti hidup masa kini memerlukan teknologi. Bermula era pandemik Covid-19, Industri 4.0 dan Masyarakat 5.0 membawa kelaziman baharu dalam pendigitalan perniagaan serta perkhidmatan. Platform digital semakin signifikan dalam urusan kehidupan termasuk proses pengajaran dan pembelajaran, perbankan, bekerja dari rumah serta jual beli barangan. Bagaimanapun, sedar atau tidak, penggunaan teknologi yang berleluasa tanpa ilmu boleh membawa kemudaratan berpanjangan.
Memang tidak disangkal lagi kebergantungan kepada teknologi membawa pencapaian matlamat kecekapan dalam kehidupan. Melalui hujung jari, semua menjadi pantas dan mudah. Persoalan yang bermain di dalam kotak fikiran banyak pihak ialah tentang impak teknologi terhadap emosi dan kualiti kehidupan. Adakah perkembangan teknologi mengambil kira kesejahteraan emosi? Adakah kehidupan berkualiti dapat dicapai melalui teknologi? Persoalan ini terpulang kepada kebijaksanaan individu menanganinya.
Kecanggihan saluran komunikasi masa kini tidak dapat dinafikan lagi dengan adanya kemajuan teknologi. Pelbagai bentuk media komunikasi wujud bagaikan cendawan selepas hujan. Malangnya kebanyakan media komunikasi ini memberi kesan kepada cara manusia berhubung. Contoh, pergaulan dan kemesraan yang dizahirkan daripada saluran komunikasi bersemuka tidak lagi menjadi keutamaan. Individu kini lebih suka bertutur melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Sehinggakan, ahli keluarga yang tinggal sebumbung pun berkomunikasi sesama mereka menggunakan teknologi.
Anak remaja sememangnya pengguna tegar gajet pintar yang sanggup berkurung dalam bilik melayan aplikasi media sosial seperti WhatsApp, YouTube, Twitter, WeChat, Snapchat, Facebook Messenger, LINE dan Instagram. Gajet atau besi keluli dan segala aplikasinya menjadi teman karib dalam semua aktiviti seharian. Jika mereka bersedih, ada besi keluli sebagai peneman. Jika mereka gembira, besi keluli ini yang terlebih dahulu mengetahuinya. Pendek kata, besi keluli ini menjadi teman belajar, tidur, makan, bermain sehinggalah bertindak sebagai kaunselor. Wabak ketagihan gajet dalam kalangan remaja sebenarnya menyebabkan remaja terlibat dalam pelbagai masalah berkaitan persahabatan, percintaan, hubungan rakan sebaya dan seumpamanya yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan. Kajian menunjukkan kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi komunikasi menyebabkan kemurungan, kelesuan, sukar bertutur dan masalah psikologi. Inilah virus masa kini yang menular dan menguasai kita. Semua orang kini tidak bercakap sesama sendiri. Anak-anak kecil juga tidak lagi merengek menuntut perhatian ibu bapa kerana mereka sudah ada teman gajet di tangan. Bayangkan bentuk komunikasi dan perhubungan sosial manusia yang bakal berlaku 10 tahun akan datang. Adakah ini yang kita mahukan?
Perkembangan teknologi membawa pembangunan positif dalam pemikiran dan tindakan, namun tidak semua individu boleh menerima. Sudah pasti ada dalam kalangan mereka yang sukar menerima perubahan kepada teknologi baharu yang mengakibatkan teknofobia. Teknofobia yang berterusan boleh mencetuskan teknostres. Perasaan takut, bimbang, kurang yakin dan gusar akibat teknologi ini adalah impak negatif teknologi ke atas fisiologi, psikologi dan tingkah laku manusia dan menjadi petanda kepada gejala teknostres.
Teknostres ialah penyakit moden disebabkan ketidakupayaaan individu menampung keperluan teknologi komputer dan automasi.
Teknostres terjadi kerana ledakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang pantas dalam kehidupan manusia. Seseorang individu yang mengalami teknostres berpanjangan tanpa memperbaiki keupayaan dirinya mengadaptasi teknologi boleh membawa kemurungan.
Psikologi juga turut terganggu akibat teknostres. Impak psikologi berpanjangan memberi kesan ke atas fisiologi seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, dan kelesuan. Banyak kajian menunjukkan penggunaan teknologi komunikasi mencetuskan teknostres kepada individu dan organisasi.
Antara gejala teknostres itu ialah kecederaan berkaitan pergelangan tangan, gangguan muskuloskeletal, kelesuan dan kepenatan. Ia turut memberi kesan kepada penglihatan, yang menyebabkan tekanan fisiologi dan psikologi. Di samping itu, penggunaan gajet berkaitan teknologi komputer dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan sakit kepala dan sukar memberi tumpuan pada tugas. Kajian juga turut menunjukkan aduan berkaitan dengan kesakitan mata adalah paling popular dalam kalangan pengguna teknologi komunikasi.
Atas dasar inilah, teknostres perlu diminimumkan. Melarikan diri daripada teknologi tidak menyelesaikan masalah ini. Apa yang perlu dilakukan adalah adaptasi penggunaan dan kebergantungan kepada teknologi mengikut kekuatan serta kelemahan diri. Adaptasi kesesuaian teknologi ini perlu kebijaksanaan dan ilmu.
Penulis Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Sumber – Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam mak iols haritu
katanya, segala urusan sekarang dah boleh selesaikan online je, tak yah keluar rumah
tapi mak iols tak reti guna komputer, dia nak settle kat kaunter. berdepan dengan orang, pegawai. tapi dah takde. dia punya stress tu sampai naik la darah tinggi, last2 bagitau jugak anak2, mintak tolong |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 18-2-2025 01:46 PM
Lepas tu kalau tibe2 internet down semua sakit jtg t' masuk i skali  |
|
|
|
|
|
|
|
I'm one of them. Bila my i'net line down, terasa half of my happiness is gone. Ape taknya? tv tak leh buka, i'net lagilah. Tak boleh baca berita, gossip, cari maklumat, nonton local n foreign tv programmes, tak boleh tengok fav. drama/film (korean esp.) dll. Kalau orang2 dulu akan capai akhbar dulu, orang skr pasti cari news di hujung jari. Semua newspaper boleh dibaca, tak payah beli. Hal dunia, hal akhirat (ceramah dn doa) semua boleh didengar/dibaca dlm fon dn i'net. So bila i'net down, keceriaan hidup pun ikut down.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|