CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8070|Reply: 34

[Tempatan] Pasangan Cina buat kenduri kahwin cara Melayu

[Copy link]
Post time 20-2-2025 09:53 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang pengarah syarikat swasta dan isteri, masing-masing kaum Cina memilih adat Melayu semasa majlis persandingan mereka.

Menerusi video dikongsikan oleh edanoredahbasar, pengantin lelaki dikenali sebagai Tee Dee Yang iaitu majikannya mengenakan baju Melayu songket lengkap dengan samping dan tanjak serta keris sebagai aksesori.



Pengantin perempuan pula memakai kebaya tradisional songket berserta selendang berwarna putih krim sedondon dengan pengantin lelaki.

Bukan itu sahaja, ibu bapa pengantin mengenakan pakaian tradisional seperti baju Melayu dengan samping songket serta kebaya, diiringi pihak keluarga yang turut memakai pakaian sama.

Majlis dilengkapi dengan beberapa individu yang bermain kompang semasa ketibaan raja sehari tersebut.



Selain bersanding adat Melayu, kedua-dua pengantin menjalani adat merenjis yang mana mereka duduk di atas pelamin dan ahli keluarga naik untuk merenjis air.

Menerusi ruangan komen, edanoredahbasar memaklumkan, pengantin lelaki tersebut mahu mengadakan acara bersanding dengan adat Melayu.

“Bos nak buat macam kenduri orang Melayu,” katanya menjawab pertanyaan salah satu komen daripada orang ramai.



Dalam pada itu, ramai yang memuji pengantin tersebut selain mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

“Aku bangga orang bukan Melayu kahwin pakai baju songket. Daripada Melayu yang pakai baju tak cukup kain. Sedih orang Islam kot,” komen seorang pengguna TikTok.

“Dalam kenangan dan dalam sejarah ni. Kacak dan cantik,” kata seorang individu.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab kahwin style Cina makanan mahal kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
santekk
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi..sama cantik sama padan

Bos dia ni tokeh kompeni apa..nesti ramai customer n pekerja melayu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 20-2-2025 10:14 PM
Sebab kahwin style Cina makanan mahal kot

Aahha. Ni betul
Dh la paksa guests bayar fixed amount sekepala x main 2 digit. Mau 100 sorang
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 08:49 AM | Show all posts
arareez replied at 20-2-2025 04:19 PM
Aahha. Ni betul
Dh la paksa guests bayar fixed amount sekepala x main 2 digit. Mau 100 soran ...



Ishhh mana ada. Duit tu depend on how close you dgn the family. Kalau you pangkat pak sedara mak sedara, sedara mara dekat mmg automatik bagi banyak (nanti turn anak kita pun dia orang bagi same amount tak pun lagi lebih) .. kalau setakat kawan kawan tak perlu pun boleh jer bagi  $50.







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2025 08:56 AM | Show all posts
Kenapa bila orang melayu buat kahwin cara omputih, tak dak pun omputih puji?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:23 AM | Show all posts
dulu i ols pernah part time waitress dekat majlis kawen cina dalam 20tahun lepas...mmg buat kat resort, masuk2 ada meja dgn buku, berapa angpao kita bagi dia tulis nama dgn jumlah angpao yg kita bg...i ols serve makan mmg ikut masa bukan jenis buffet...serve  style banquet 10-course meal..penat rasa..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2025 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina ni kawin wajib ada arak kan. Tak apa ka pakai baju Melayu minum arak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:42 AM | Show all posts
Diorang ni bussiness perladangan kan? so ni just another reception utk staf2 dan bussiness partner muslim kot..

Ada duit senang buat asingkan halal reception and non halal reception..
Neway, sama cantik dan sama padan pengantin ni..semoga terus prosper..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 21-2-2025 09:23 AM
dulu i ols pernah part time waitress dekat majlis kawen cina dalam 20tahun lepas...mmg buat kat reso ...

Aku pun suka style tu. Transparent dengan pemberian. Zaman dulu2 kat kampung orang Melayu pun macam tu. Mereka akan ingat sorang2 siapa bagi telur, siapa bagi tepung, siapa bagi gula etc. Sampai time kawan tu kita senang nak balas budi dgn yang serupa or more. Tak suka budaya Melayu sekarang yang anonymous.

Makan buffet pun aku tak suka sebab kena beratur lagi kalau ada makcik2 depan hog the line sebab acah2 pilih lauk padahal amik semua.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
diorg ni kurus putih cantik dan sesuai lah pakai songket gitu.. kena pulak ngan warna baju songket tu.. mmg menyerlah sgt walaupun mekap dan style rambut simple..lovely
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
SedihPedih replied at 21-2-2025 09:42 AM
Diorang ni bussiness perladangan kan? so ni just another reception utk staf2 dan bussiness partner m ...

Tak elok buat asing2 atas dasar agama. As bad as apartheid.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 21-2-2025 08:49 AM
Ishhh mana ada. Duit tu depend on how close you dgn the family. Kalau you pangkat pak sedara mak ...

Yg meolls cerita ni situasi kawan kawan la siss oiii..tp ada kawan lain yg pegi kena RM 200 sekepala
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:46 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 21-2-2025 09:47 AM

Apakah anda setuju kedua pasangan pengantin itu mendapatkan status keistimewaan melayu atau warga negara klas 1  seperti anda ?

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 21-2-2025 09:44 AM
diorg ni kurus putih cantik dan sesuai lah pakai songket gitu.. kena pulak ngan warna baju songket t ...


Cina pakai baju Melayu tak nampak segak especially yang lelaki. Tanjak tu bukan semua muka sesuai even Melayu pun eg. muka Fatah Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2025 09:51 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-2-2025 01:43 AM
Aku pun suka style tu. Transparent dengan pemberian. Zaman dulu2 kat kampung orang Melayu pun maca ...

ya sebenarnya memula tu mmg terkejut jugak, tapi sekarang da tua baru paham kenapa kena buat gitu..n yes, mmg mudah duduk je semua org serve xperlu bgn2...penat jugakla masa tu kejap2 anta air, sudu garfu...even air pon kena serve...dan masing2 akan rasa berbaloilah bayar mahal2 pon, sng parking, xpyh penat2...i ols xrasa jemputan tu 1k...ada dalam 300 org je rasanya..i ols berangan nnt time anak nk kawen buat ala gitu jugak, pggl dalam 400 je plg rmi pon...yg betul2 rapat je jemput & RSVP...mmg macam xsesuailah budaya kita nk tulis jumlah angpao tu sbb purpose kita mmg nak meraikan hari bahagia sambil bersedekah...cuma bila da niat bersedekah tu i ols nk memudahkan sekali jemputan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:57 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-2-2025 09:45 AM
Tak elok buat asing2 atas dasar agama. As bad as apartheid.

Org kita ni banyak pendapat bang..

Kalau buat sekali, just asingkan seksyen halal dan non halal, nnt ada acik2 buat komen tak selesa tgk yg non muslim  dok minum/mkn non halal food.

Kalau buat sekali, but just halal food, nnt ada komen x best sebab x boleh yamseng2.

Kalau buat asing pun akan ada pendapat mcm abang ni.

So, teteeeepp akan ada tak kena kan? So tuan rumah buatlah ikut apa dia rasa terbaik utk dirinya.

Even malay muslim urban pun ada buat asing just because nk asingkan group alim dan group kaki enjoy.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-2-2025 09:48 AM
Cina pakai baju Melayu tak nampak segak especially yang lelaki. Tanjak tu bukan semua muka sesuai  ...

hey, berani you kata fattah amin tak sesuai pakai tanjak..tunggu la kejap lagi walatah keledek datang cincot komen uols
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak parading dgn persalinan 20 pasang ikut budaya bangsa lain2 semua pun dipersilakan..  

All out utk diri sendiri apa salah nya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.082858 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list