Tian Soon (kiri) meninjau salah satu gerai di bazar ramadan di Johor Bahru pada petang Khamis.
JOHOR BAHRU - Peniaga makanan di bazar Ramadan, di negeri ini masih dikesan menggunakan dawai kokot dalam penyediaan dan pembungkusan kuih-muih tradisional semeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di bazar Ramadan seluruh negeri.
Menurut beliau, sebanyak 1,240 premis makanan di bazar Ramadan telah diperiksa sejak Ahad lalu, dengan hanya satu Notis Kompaun (32B) dikeluarkan atas pelanggaran Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan kompaun bernilai RM100.
"Setakat ini, kesemua premis yang diperiksa menunjukkan tahap kebersihan lebih 80 peratus, dan tiada premis diarahkan tutup.
"Seramai 2,112 pengendali makanan telah diperiksa dan diberikan pendidikan kesihatan secara berterusan sebelum dan sepanjang Ramadan.
"Selain itu, aktiviti pensampelan makanan berisiko tinggi turut dilakukan bagi memantau tahap pencemaran mikrobiologi sekiranya keputusan ujian tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985, tindakan pendakwaan akan dikenakan terhadap pengusaha makanan terbabit," katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Plaza Angsana pada petang Khamis
Hadir sama Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Mohd Hairi Mad Shah, serta Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mokhtar Pungut.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan berkata, penggunaan bahan seperti paku dan dawai kokot untuk membungkus makanan boleh menyebabkan kecederaan serius jika termasuk dalam makanan dan ditelan.
Melalui Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan perlu memastikan pembungkusan makanan bebas daripada pencemaran termasuk bahan seperti paku serta dawai kokot yang boleh memudaratkan pelanggan atau pengguna.
Peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, Tian Soon memberitahu aduan disalurkan pengguna kini lebih mudah apabila JKNJ meneruskan imbasan kod QR yang diperkenalkan tahun lalu di tapak bazar Ramadan negeri ini.
"Ia membolehkan pengguna membuat aduan kebersihan premis dan keselamatan makanan secara segera.
"Bagaimanapun setakat ini, tiada aduan diterima daripada pengunjung bazar Ramadan negeri ini.
"Jika terdapat aduan melalui kod QR, JKNJ akan menyiasat dan mengambil tindakan, termasuk mengeluarkan kompaun atau menutup premis makanan yang melanggar peraturan sehingga 14 hari," katanya.
Orang ramai turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan pastikan ia dibungkus dengan selamat.
|