CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2397|Reply: 0

[Johor] Aidilfitri: Ranhill SAJ pastikan bekalan air cukup

[Copy link]
Post time 7-3-2025 10:54 AM | Show all posts |Read mode


ISKANDAR PUTERI: Operator pembekalan air terawat Johor, Ranhill SAJ memastikan semua 46 loji rawatan air (LRA) di seluruh negeri itu mampu menampung permintaan air yang tinggi menjelang Aidilfitri.


Ketua Pegawai Operasi, Khairul Effendy Tusam berkata persiapan rapi sudah dilaksanakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bekalan air terputus luar jangkaan.

Ranhill SAJ mengenal pasti kawasan titik panas yang dijangka mengalami gangguan bekalan air antaranya di kawasan kampung di Muar dan Batu Pahat.

"Saban tahun Ranhill SAJ mengadakan Op Perayaan selama dua minggu, seminggu sebelum Aidilfitri dan seminggu lagi selepasnya, ini bertujuan mengurangkan isu gangguan bekalan air. Pada tahun ini, ia diadakan bermula 24 Mac hingga 6 April ini," katanya pada sidang media sebelum Majlis Iftar Bersama Media Johor 2025, semalam.

Tahun lalu, Ranhill SAJ menyediakan 64 lori tangki air dengan 36 daripadanya disewa daripada pihak lain bagi memastikan bekalan air dapat disediakan kepada pengguna terjejas.

Menurutnya, terdapat beberapa projek yang sedang disiapkan ketika ini antaranya Loji Rawatan Air (LRA) Gersik, yang membekalkan air bersih ke kawasan utara daerah Muar.

Ranhill SAJ membuat pemasangan paip baharu sepanjang 2.5 kilometer bagi menyalurkan air mentah ke LRA itu yang dijangka mampu meningkatkan pengeluaran air terawat kepada pengguna.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.621078 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list