View: 7837|Reply: 46
|
Sanggup Gadai Anak Demi Hutang???
[Copy link]
|
|
"GADAI" ANAK BAYAR HUTANG KARPET
Nikah tebus hutang karpet
ALOR SETAR: “Disebabkan ibu tak mampu membayar hutang karpet kira-kira RM3,000, saya terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani itu untuk melangsaikan hutang.
“Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29.
Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu.
“Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika ada duit. Malangnya, ibu gagal membayar ansuran selama dua tahun sehingga bunga semakin meningkat.
“Lelaki terbabit meminta ibu menjelaskan hutangnya. Apabila ibu memberitahu dia tak ada duit, lelaki itu minta dikahwinkan dengan saya sebagai syarat untuk melangsaikan semua hutang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam
Hashimah berkata, kerana tiada pilihan selain bimbang nasib keluarganya terancam dia hanya mengikut kata-kata lelaki itu dan keluarganya.
Menurutnya, majlis pernikahannya diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri saudara-maranya serta beberapa rakan lelaki itu.
“Majlis kenduri termasuk akad nikah diadakan di rumah saya dan ia dibuat secara kecil-kecilan,” katanya.
Menurutnya, pada awal perkahwinan tiada apa berlaku, tetapi selepas enam bulan, baru dia tahu yang suaminya mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil perniagaan karpet.
“Dia beli sehelai karpet daripada rakannya RM65, tetapi menjualnya kepada orang kampung sehingga RM400 dengan mendakwa ia berkualiti selain sukar didapati di negeri ini. “Saya anggap ibu dan ramai penduduk kampung yang membeli karpet daripada suami saya tertipu,” katanya.
Hashimah yang bekerja di sebuah pasar mini, dekat sini, berkata sejak itu dia mula meragui suaminya, malah mendakwa penjual karpet dari Pakistan datang ke negara ini hanya untuk berkahwin dengan gadis tempatan sebelum meninggalkan mereka.
“Apa yang berlaku ke atas saya mengaibkan, namun saya sedia mendedahkan untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengalami nasib sama,” katanya.
Sementara itu, Harian Metro turut menemubual seorang Mat Karpet warga Pakistan di Jitra yang ketika itu rancak menjual permaidani kepada penduduk di Kampung Padang Sera, di sini.
Mat Karpet yang dikenali sebagai Bakti, 47, itu berkata, dia sudah lama menjual karpet di bandar ini, Jitra dan Perlis dengan menunggang motosikal sendirian sejak 20 tahun lalu sehingga mendapat taraf kerakyatan negara ini.
Katanya, karpet yang dijualnya itu buatan China yang dijual RM300 hingga RM500 sehelai dan pelanggan akan membayar ansuran RM30 hingga RM40 sebulan kerana tidak berkemampuan.
“Ada juga pelanggan tidak membayar ansuran bulanan, tetapi saya kasihan kerana ramai antara mereka orang susah.
“Ramai juga rakan saya yang menjual karpet berkahwin dengan gadis tempatan kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar hutang dan itu cara untuk melangsaikan hutang,” katanya yang mengakui lebih 10 rakannya menjalankan kegiatan menjual karpet di negeri itu.
Bakti mengakui harga sebenar karpet dijualnya jauh lebih murah, tetapi disebabkan mahu mengambil untung dan kos pengangkutan dia menjualnya pada harga tinggi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail mengesahkan menerima lebih 20 aduan penduduk tempatan yang tidak puas hati dengan peniaga karpet, kebanyakannya rakyat Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.
“Bagaimanapun, kes membabitkan peniaga karpet dari Pakistan yang dikesan bernikah dengan gadis tempatan hanya dua iaitu di Kulim dan Kuala Kedah,” katanya.
Yusoff berkata, lelaki warga asing terbabit kebiasaannya menjual karpet pada harga dua kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran walaupun tidak bermutu tinggi.
“Biasanya, mereka akan memujuk pelanggan supaya membeli karpet dan boleh membuat bayaran secara ansuran serendah RM20 setiap bulan.
“Kes ini kebanyakannya dikesan di luar bandar membabitkan pembeli yang tidak mampu membeli secara tunai. Apabila mereka gagal melunaskan hutang, Mat Karpet memberi pilihan supaya dikahwinkan dengan anak gadis mereka dan semua hutang termasuk bunga yang tinggi dikira selesai,” katanya. - hmetro |
|
|
|
|
|
|
|
teruknya..... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai hati ibunya wat camtu... ada ke nilai anak tu sama ngan 4 helai kapet? dunia oh dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai hati ibunya wat camtu... ada ke nilai anak tu sama ngan 4 helai kapet? dunia oh dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya mat karpet ni macam ahlong la pulak...hmmm..renung2 kan..
Inilah Sandiwara Dunia....{:1_145:} |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mn diorg leh percaya ckp pakistan ni ye...aku slalu ckap dh ada semua barang2 yg mcm diorg jual.senang...diorg akan blah gitu jee...
biasanya makcik2 yg terkena tu xpnah servey harga barang.asal kenan je ambik trus. |
|
|
|
|
|
|
|
“Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujurkerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabarberita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah,29.
lengkuas8883 Post at 26-5-2011 14:12
dah tua bangka dah pun...kalau aku jd die aku lari pegi KL or ugut report polis je |
|
|
|
|
|
|
|
yang pelik nye mana diorang buleh dapat lesen bawak motor yerk, main masuk negara orang pastu suker2 niaga, bila kena halau kang mula lah kuar sumer kata kiter tak de peri kemanusiaan lah... macam macam.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah!!!!!!!!...maknyer!!!!!!!!!!!...karpet punye pasal...ish2 |
|
|
|
|
|
|
|
wah!!!!!!!!...maknyer!!!!!!!!!!!...karpet punye pasal...ish2 |
|
|
|
|
|
|
|
Yg heran nya, mudah je boleh kawin dgn wanita tempatan. Betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
awat ko xlari jer!...aiyohhh...mak pak pun satu hal jer...nak berhutang2 pulak...anak gek yg tergadai! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa raaaa??? carpet punya pasai anak tergadai .... dok kat negara sendiri pun takut dengan pendatang asing .... tak boleh bayar buat bodo ajelah ... apa dia boleh buat??
Padanlerrr ... yg gomen kita bagi PR kat dorang ni apsal .... penting sangat sumbangan penjual carpet pada negara??? |
|
|
|
|
|
|
|
eee geramnya kat pendatang asing ni..suka ambil kesempatan kat org tempatan..
janganlah percaya kat diorang ni sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh tau takder duit watperlah g beli gak karpet tue..
Biar Papa Asai Bergaya..
itulah sikap kebanyakan org kite |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kapet sanggup suruh anak kawin ngan pakistan...
abih tu kalau anak daranya lebih sorang...bole la maknya gadai lagi..pas ni utang lain la plak..pakistan kan jual macam...
kat kg hubby ku..pakistan jual kabinet tv lagi.....aduhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
belakang umah aku tu ada umah sewa makcik aku punya..ada la mamat pakistan ni dok situ berniaga karpet dan segala2 perkakasan umah..mak aku ni mudah terpedaya ngan harta dunia..suka sangat berhutang ngan mamat karpet belakang umah tuh...
satu hari aku gado ngan mamat karpet tuh..aku cakap...karpet murah cam ni jual mahal..nak tipu tak agak2..agaknya dia takut ngan aku...ada la dia kurangkan harga karpet tu seratus..aku pun dah tak ingat...lepas tu aku cakap ngan mak aku.."dah jangan nak beli karpet ngan bangla tuh...mahal giler...hutang plak tuh" sekarang tidak lagi...
sib baik mak aku tak jual aku kat bangla tuh...wakakakakka.... |
|
|
|
|
|
|
|
bodo punya mak....akai tarak....kerana karpet....mentaliti kampung yg tak bole blah....tak de duit buat cara tak de duit...ni kes tak bersyukur la ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu mentaliti orang kita, suka salahkan orang, diri sendiri tu yg bangang...dah tua bangka pun.....ilmu tak de camtu la....sedih betullll.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|