CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3892|Reply: 13

Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum Forex Trading

[Copy link]
Post time 2-6-2011 10:03 AM | Show all posts |Read mode

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
Setelah berhempas pulas melayan sebahagian bantahan, komentar dan tidak puas hati pedagang matawang asing ( Forex Trader) sejak tahun 2008, iaitu sejak dari awal saya menyediakan kajian ringkas yang dipaparkan di web ini, boleh dirujuk artikel tersebut di link berikut :-

1.    Hukum melabur dan berniaga Forex
2.    Hukum Leverage Haram.
3.    Perosak Forex Trader

Saya bersyukur kerana semalam telah diadakan satu muzakarah besar yang dihadiri  oleh lebih 200 orang ilmuan Shariah, ulama, ahli ekonomi, bankers dan peguam. Tiga kertas kerja dibentangkan.

Kertas kerja pula bukanlah disediakan oleh individu tetapi dibuat secara berkumpulan. Ini bermakna kertas kerja tersebut wajar diberikan lebih kredit kerana merupakan buah fikiran dan kajian secara kolektif yang sememangnya akan lebih kukuh berbanding kajian dan pandangan dari seorang individu. Bukan sekadar itu, malah kumpulan pengkaji juga telah mencuba sendiri berdagang melalui salah satu platform forex bagi mendapatkan kejelasan maksimum sebelum menyimpulkan sebarang hukum. Selain itu, mereka juga telah bertemu dengan penyedia platform FOREX itu sendiri di samping beberapa siri temubual dengan pedagang FOREX yang berpengalaman. Justeru, saya kira, perdagang FOREX tidak boleh sama sekali mempertikaikan kefahaman para pengkaji kerana penyelidikan mereka jauh lebih dalam dari hanya sekadar 'pengalaman', tambahan pula penyelidik juga menrima informasi rasmi dari pihak Bank Negara Malaysia selaku 'regulator'.

KUMPULAN PERTAMA

Hasil daripada kajian kumpulan pengkaji pertama yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Som, Dr. Marjan Muhammad, Ust Luqmanul Hakim Hussain, En. Wan Norhaziki Wan Abdul Halim. Kesimpulan mereka mencatatkan seperti berikut :-

“1.  Spot forex yang dijalankan oleh individu melalui platform internet agak berbeza daripada konsep spot forex yang dijalankan di peringkat inter-bank. Dari satu sudut, ia dibuat berdasarkan spot forex dari segi harga lani (value spot), tetapi dari segi penyelesaian ia tidak berlaku berdasarkan T+2. Malah penyelesaian tidak akan berlaku selagi pedagang tidak menutup posisi yang dibukanya.

Namun, dari sudut yang lain, spot forex dilihat lebih mirip kepada forward forex, kerana apabila pedagang membeli sesuatu matawang daripada broker, beliau tidak akan dapat memiliki matawang yang dibelinya. Sebaliknya, pedagang akan menikmatinya setelah beliau menjualnya semula kepada broker pada waktu hadapan. Apa yang membezakan spot forex oleh individu dengan forward forex ialah kadar tukaran matawang masa hadapan adalah tetap iaitu kadar yang dipersetujui pada tarikh transaksi, manakala kadar tukaran matawang dalam spot forex tidak tetap, tetapi berdasarkan turun naik harga pasaran matawang yang didagangkan.

2. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah. Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1),(2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran
Wang (AKPW) 1953. Mana-mana individu dilarang sama sekali berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.

3. Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard = leverage, riba al-nasi’ah = rollover interest, qabd, menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi spot forex secara online oleh individu adalah tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli matawang (bay‘ alSarf).”

KUMPULAN KEDUA



Manakala satu kumpulan lagi datangnya dari Universiti Utara Malaysia yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim, Dr. Hasniza Mohd Taib, Dr. Muhammad Nasri Hussain. Kertas mereka menyimpulkan seperti berikut :-

“Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.

i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.

ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan ‘pinjaman’ dan jual-beli’.

iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep ‘darurat’ bagi transaksi ‘bonafide’.

iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.

v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.

vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka.”

PERANAN SAYA

Saya hanya berfungsi sebagai pengulas dalam majlis semalam. Secara dasarnya hampir kesemua kesimpulan yang dibuat oleh kedua-dua kumpulan adalah sama dengan kesimpulan yang telah saya simpulkan sejak tahun 2008 yang lalu, dengan itu, saya menyeru kepada semua pedagang matawang yang tidak berpuas hati dan menolak pandangan yang mengharamkan pedagangan matawang ini untuk berfikir kembali demi kebaikan iman dan pendapatan masing-masing.

DOWNLOAD KERTAS KERJA

Bagi mereka yang ingin mendapat kejelasan bagaimana kesimpulan tersebut dicapai, pembaca boleh download kertas kerja mereka ( yang belum diedit selepas muzakarah) untuk bacaan asas. Sebarang permasalahan bolehlah terus disampaikan kepada mereka.

Kertas Kerja Pertama (Kumpulan Pengkaji ISRA) - 735 KB

Kertas Kerja Kedua (Kumpulan pengkaji UUM) - 415 KB



Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
1 Jun 2011


http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/993-muzakarah-jakim-berkenaan-hukum-forex-trading.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2011 10:59 AM | Show all posts
ramai je yg dah kaya raya dengan forex ni mengatakan forex ni halal
bila duit dah banyak, kadang2 sukar nak bezakan baik dan buruk
payah nak bezakan halal dan haram
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 12:17 PM | Show all posts
bile duit dah berkepuk, org dah tk kisah dah benda tu halal ke haram..janji masyuk...ada-ade sajer alasan nak cantas balik pendapat ulamak. padahal ilmu agama ala2 basic sajer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 06:31 AM | Show all posts
kalo nak ikut betul2 halal haram ka.. keta takleh beli.. umah takleh beli.. loan takleh buat la bai..

islam tu mudah.. bukan sembelit mcm sesetengah pandangan..

aku cakap ni pasai kita ni umat akhir zaman.. bab2 riba.. bunga.. interes.. mmg dah takleh lari dah dlm kehidupan seharian..

bukan itu je.. babi pun ntah berapa kilo dah masuk dlm badan.. ( secara tak sengaja )..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 06:45 PM | Show all posts


panas ponggong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 11:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by amirul_nazri at 11-6-2011 11:18

tak habis2 lagi isu nie...sepanjang zaman kot akan di perdebatkan..

apa yg aku nampak ada 2 jenis manusia dlm thread nie...

No.1 golongan yg mendabik dada dgn ilmu agama , berselindung di sebalik hukum2 al quran, memutar belit (menghalalkan konvensional, mengharuskan back door riba lah etc.) tanpa memahami konsep yg sebenar dan seterusnya membuat kesimpulan yg mengelirukan dan debatable (tak selari)

No.2 golongan yg menyokong no.1 nie shj tanpa membuat kajian terperinci dan suka menambah perisa. Tak guna akal dalam berfikir dan percaya bulat2 jer.

Golongan2 sedemikian, ibarat aku berhujah dgn 10 org yg pandai, salah sorg dpd 10 tue  mesti gagal sbb dia itu JAHIL..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2011 11:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by amirul_nazri at 11-6-2011 11:27
kalo nak ikut betul2 halal haram ka.. keta takleh beli.. umah takleh beli.. loan takleh buat la bai. ...
Alt-F4 Post at 4-6-2011 06:31

   Buat kajian dan menetapkan hukuman hanya berlandaskan info dr internet. dan bermuzakarah dgn org yg bukan pakar ..hahaha yg ko tulis tue lah yg di katakan "back door riba" ..hukum nya harus....


back door riba harus kata UZAR.. caya lah..

oleh kerana UZAR dah berjaya mengelirukan aku ttg forex, aku tinggalkan..aku trade FCPO dan stock jer skang nie...tp, aku discovered, lg terang2 haram fcpo nie...pemberian pinjaman yg nyata dlm bentuk leverage juga oleh broker  serta interest charge yg di kenakan adalah riba...tp hukumnya harus hahaha




Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 07:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Alt-F4 at 11-6-2011 19:38

aku paham maksud ang amirul..

aku pun takde la pandai agama pun.. tp sebongok2 aku pun.. boleh menilai satu2 benda tu..

aku pun malas nak ulas panjang.. tp hidup kita seharian la ni.. kalo nak ikut2 halal haram.. dah mmg takleh nak buat apa..

nak meniaga.. pinjam bank pun.. kena backdoor riba.. ( harus ) .. nak beli keta cash.. takat keta buruk seribu dua je la boleh beli.. nak beli rumah.. gagah jugak aku beli guna backdoor riba ( baik sikit drpd konvensional ) kat bank islam guna BFR ( BLR haram tau.. sebab riba.. .. BFR takpa.. )


bila mai tang trade forex.. terus masuk haram..

yg betulnya.. depa tak dpt hasil drpd trader2 tu.. tu yg haram sana sini.. cuba dicukaikan pendapatan trader forex.. sah2 jadi backdoor riba ( terus jadi harus )..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2011 03:41 AM | Show all posts
lol.. kalau haram bank2 yang berurusan tukaran mata wang tu haram la jugak?? LOL
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 01:39 PM | Show all posts
dulu pakat dok kata ASB tu haram, pastu jadi halal ni forex pulok.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 05:45 PM | Show all posts
Reply 1# kertasputih

Syukur alhamdulillah aku dah lebih setahun tinggalkan forex......

Mcm2 Allah nak sedarkan aku.....masa nak mula2 main forex, PC tiba2 rosaklah, internet2 tiba tak ada connection, MT4 platform tak boleh bukak kat PC......ambik broker yg claim Islamic, tapi dlm transaction ada rollover fee (riba) yg buat aku mcm tak semangat nak forex......mcm2 masaalah sampai aku terfikir...Allah tak mahu bagi aku buat forex ker?


Akhirnya dgn adanya kata putus dari majlis fatwa yg mengatakan forex adalah haram, faham lah aku tentang masaalah2 yg diberikan kpd aku sehingga aku tinggalkan langsung forex.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 06:22 PM | Show all posts
tq for the info

x penah main forex. pernah terfikir nak ambik tau. tapi dah jadi mcm ni.. malas la nak ambik tau sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 12:03 AM | Show all posts
pernah ikut kursus forex ni... tp akhirnya xjadi join trade2 ni.

mmang aku paham kita dah terlibat byk sgt dgn hal2 haram n riba nih. tp riba bnk loan rumah kereta tanah bagai tu semua xboleh nak elak lg.

so ambik keputusan xnak lagi secara sengaja nak menambah hal2 harom ni... elak kan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 04:34 PM | Show all posts
Ini pengalaman saya berkaitan saham2, saya seperti telah terjumpa satu lubang yang dipenuhi duit dan emas, kalaulah tidak dikernakan iman dan islam, alamat jutawanlah saya dalam 4-5 tahun akan datang. Tak tahulah halal ke haram. Mencurah2 duit.
Memang berat rasanya nak tinggalkan lubuk duit tu sebab memang saya perlukan duit...namun mati lebih penting dari hidup. Saya tinggalkan selepas satu bulan aktif. Tempatnya...rahsiaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.302720 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list