CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18328|Reply: 323

Bahasa terlarang!!!

  [Copy link]
Post time 7-6-2011 09:38 AM | Show all posts |Read mode


Guru kesan ayat ringkas SMS, chatting digunakan pelajar dalam peperiksaan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.

Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.  Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila  (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).  Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.

Justeru itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengeluarkan panduan singkatan SMS bahasa Melayu bagi penggunaan umum, dan bukannya digunakan pelajar dalam pemeriksaan awam.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata kecenderungan masyarakat terutama remaja dan pelajar sekolah yang gemar mencipta singkatan SMS bahasa Melayu pelik hanya boleh difahami rakan sebaya.

Katanya, lebih membimbangkan, golongan ini semakin biasa menggunakan bahasa SMS dalam pelajaran sehingga terbawa-bawa ketika menulis karangan yang akhirnya menjejaskan keputusan peperiksaan dalam subjek Bahasa Melayu.

Guru bahasa Melayu, Noor Hafizah Jauhari, berkata gejala itu menyebabkan beban guru bertambah kerana perlu memberi tumpuan lebih kepada pelajar untuk menasihat dan menegur supaya tidak terus menggunakan bahasa SMS dalam penulisan formal.

“Dulu, penggunaan bahasa singkatan SMS hanya terbatas menerusi telefon bimbit saja, tetapi kini pelajar terdedah kepada teknologi, internet dan laman sembang sosial terutama Facebook. Lama-kelamaan pelajar menjadi biasa menulis jawapan atau mengarang menggunakan singkatan SMS. Kebiasaan ini boleh menjejaskan markah peperiksaan kerana setiap kesalahan ejaan dalam subjek Bahasa Melayu akan menyebabkan pemotongan tiga markah maksimum,” katanya yang mengajar di sekolah berasrama penuh di Melaka.

Beliau berkata, kadang-kadang ada guru terpaksa menghukum pelajar menulis menggunakan bahasa SMS dengan mengarahkannya menulis perkataan formal sebanyak 100 kali sebagai pengajaran bagi memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan.

Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Segamat, Mohd Noor Abdullah, berkata pengaruh internet di kalangan pelajar mendominasi cara penulisan karangan peperiksaan, sekali gus mencacatkan mutu karangan.

Katanya, pelajar bukan saja menggunakan bahasa SMS, malah menulis ayat pendek, bahasa songsang dan bahasa rojak disebabkan kebiasaan menulis seperti itu dalam laman sembang internet.

“Ia amat mendukacitakan guru bahasa Melayu kerana pelajar bukan saja dikesan melakukan kesalahan ejaan, malah membina ayat pendek dan tergantung serta melanggar tatabahasa. Lebih teruk lagi ada pelajar mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau membuat ejaan baru dalam karangan yang akhirnya mewujudkan pelbagai versi ayat atau perkataan baru dalam penulisan mereka,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Noor berkata, beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi menangani perkembangan tidak sihat itu, termasuk menggalakkan guru mengajar bukan bahasa Melayu lebih kerap menggunakan bahasa formal atau baku bagi mengelak pelajar keliru atau gagal menguasai tatabahasa Melayu.

Katanya, setiap pelajar juga perlu sedar perbezaan penggunaan bahasa baku dengan bahasa harian dalam penulisan, manakala ibu bapa pula bertanggungjawab mendidik anak menggunakan bahasa perbualan di rumah yang tidak merosakkan bahasa Melayu.

Sementara itu, guru panitia Bahasa Melayu sebuah sekolah di Melaka, Rohana Karno berkata, masalah penggunaan singkatan SMS dalam penulisan atau karangan peperiksaan bergantung kepada tahap pencapaian seseorang pelajar dan status sesebuah sekolah sama ada sekolah biasa atau berasrama penuh.

“Masalah itu mungkin kurang berlaku di kalangan pelajar yang belajar di sekolah berasrama atau sekolah kluster kerana majoriti pelajarnya bijak atau cemerlang. Namun, perkara itu tetap mendapat perhatian guru bagi mengelak ia menjejaskan prestasi sekolah,” katanya.

P/S : Ke tanah seberang satu purnama, duduk bertamu rumah saudara, kalau bertutur dengan sempurna, nahu tersusun santun terjaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2011 09:45 AM | Show all posts
ler..apa susah, tanda je lah kertas tu mcm biasa...pastu dorg tau la perkataan tu salah. keputusan nya? potong markah....mcm tak biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 09:50 AM | Show all posts
Kalau pakai short form tapi masih BM, ok lagi. Ada yg campur rojak dgn English sesuka hati dia jer. Nie contoh artikel rojak tu:

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
Tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5)kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 09:58 AM | Show all posts
aku tak suka guna bahasa slang mcm "kantoi" "awek" "bro" dll
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:04 AM | Show all posts
ari2..aku pki bhse sms........ x dela truk sgt pon.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:10 AM | Show all posts
aku ok jerr..asalkan x melampau sgt s/formnya udahle...tapi dalam karangan klu ada student gune bhs sms potong je la markah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2011 10:23 AM | Show all posts
drg smpai xleh nak beza mana sms mana karangan skolah..budak2 la ni..zaman kami dulu xde la smpai terbawa2 ke dlm karangan..ni kalo tgk status fb anak2 buah,kazen yg kecik2 ni rasa nak p lempang je..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:31 AM | Show all posts
aku tak suka menulis (menaip) dan membaca dalam bahasa sms. payah nak baca
lagi satu bahasa budak2 skang ni, bro la, lu gua la


dan jugak bahasa budak2 gedik, apa=apew, ke=kew,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2011 10:31 AM | Show all posts
Yang itu baru yg penulisan, dari segi lisan pun kerajaan dah abaikan. Tengok apa yg ada dalam drama melayu. Perbualan dialog banyak bercampur inggeris. Bahasa melayu semakin rojak (lagi rosak) sejak pemansuhan bahasa baku. Jangankan Cina nak guna bahasa melayu, melayu urban pun malu nak cakap melayu atau merasakan agak bodo cam kes Amani.

Tak heranla orang kita selesa mendengar lagu dari Indonesia sebab itulah juga pernah kita gunakan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:36 AM | Show all posts
paling tak suka bahasa budak2 tak matang :

Aku=aq
ke=kew
kita=kitew

macam nak penampar je:@
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:39 AM | Show all posts
Reply 10# mjfh

shortform mcm gampang aku mmg menyampah dgn bhs sms skang nie..seb bek aku x jd cekgu..kalau idak..mmg sumenye zero
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:41 AM | Show all posts
inilah yg dinamakan fenomena berbahasa... mereka terpaksa berbahasa dengan bahasa ringkas kerana teknologi yang ada tidak mengizinkan mereka berbahasa yang sempurna... dek lazimnya menjadi biasa, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa... maka terlupalah si pengguna tadi bahawa dalam penulisan formal harus menggunakan bahasa gaya sempurna... masalahnya guru juga berbuat demikian... maka begitulah, bagaimana acuan begitulah kuihnya, lihat murid kenal akan gurunya... maka saipakah yang patut mengaku bersalah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:41 AM | Show all posts
best apa bahasa sms...... mcm kat forum ni gak...... tapi klu soal dlm pelajaran, memang bodoh la guna bahasa sms tu semua.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2011 10:41 AM | Show all posts
Reply 10# mjfh


tahu takpe
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:42 AM | Show all posts
akew memew sukew memakew ikew
-ni bukan bahasa sms shortform, siap tambah2 w di belakang ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:42 AM | Show all posts
Aku=aq atau ak. Sikit2 ak ak ak..

Spesis gagak ke hape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 9# H猷L鰃頧


    bukan melayu susah nak ckp melayu pasal tak konsisten, eja lain sebut lain, tambah2 dgn slang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:43 AM | Show all posts
sy=salih yaakob?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:44 AM | Show all posts
apa betul ke korang yang marah2 ni duk sms guna ayat penuh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 10:46 AM | Show all posts
Yang itu baru yg penulisan, dari segi lisan pun kerajaan dah abaikan. Tengok apa yg ada dalam drama  ...
H猷L鰃頧 Post at 7-6-2011 10:31



    AKu lebih benci dgn org yg berbahasa rojak berbanding guna2 shortform nih. Kalau nak rojak tu, takat 10% aku leh terima lah. Tapi disbbkan org tu tak cukup fasih English, tapi  nak jugak speaking kekdahnya, jadilah cakap rojak yg 50-50 mcm artikel yg aku tepek tu. :re: :re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.851843 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list