CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

Kudrat Rizal masih ditagih di kejohanan trek dunia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BUKAN berniat tidak memberi Rizal Tisin terus bergiat aktif dalam acara BMX yang baru disertainya, tetapi hakikat sebenar adalah tenaga pelumba itu masih ditagih demi masa depan penyertaan pelumba trek negara pada Kejohanan Trek Dunia yang bakal menyusul.\rLangsung tidak mengaitkan hal itu dengan persembahan suram Rizal pada Kejohanan BMX Asia 2011, minggu lalu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad menjelaskan khidmat pelumba itu amat diperlukan apabila tibanya musim baru siri Piala Dunia Klasik bermula November ini.\r\n\n\n\n\r  “Masalahnya sekarang ialah jika kita menghantar kurang daripada lima pelumba pada Piala Dunia, kuota peserta negara yang boleh menyertai Kejohanan Dunia nanti akan terjejas,” katanya mengenai pelumba trek negara yang tersenarai dalam ‘Road To London’ dengan kini tinggal empat pelumba - Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Mohd Edrus Yunus, Fatehah Mustapa - selepas ‘penghijrahan’ Rizal ke acara BMX.\r\r\n\n\n\n\n   Biarpun Rizal mengambil keputusan untuk tidak ke Melbourne bagi menjalani latihan bersama pelumba trek yang lain dan menumpukan latihan BMX, Naim yakin kudrat jaguh 1km ujian masa individu itu masih boleh membantu pasukan pecut negara. \rNaim berkata meskipun Rizal, Muhammad Aim Mohd Fauzi dan Muhamad Elmi Jumari tidak menghasilkan keputusan yang baik semasa Kejohanan BMX Asia di Suqian, China, pelumba negara itu bakal diberi pendedahan menyertai kejohanan Supercross BMX di London dan Amerika Syarikat sebelum ke Sukan SEA.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056168 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list