CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Jakarta kritik hukuman pancung kepala rakyatnya

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Jakarta semalam mengkritik hukuman memotong kepala dengan pedang terhadap seorang pembantu rumah Indonesia yang didapati bersalah membunuh isteri majikannya di Arab Saudi.\rWanita terbabit, Roiaiti Beth Sabotti Sarona, berdasarkan satu terjemahan dari bahasa Arab didapati bersalah membunuh wanita Arab Saudi, Khairiya binti Hamid Mijlid dengan berulang kali menghentak kepala majikannya itu dengan pemotong daging dan menikamnya di leher, kata pihak berkuasa Arab Saudi.\r\n\n\n\n\rBeliau dihukum di wilayah barat Makkah kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n“Tanpa prejudis terhadap sistem perundangan di Arab Saudi, kerajaan Indonesia mengkritik bahawa hukuman dijalankan tanpa melihat amalan antarabangsa berkaitan perlindungan konsular.\r“Kami menyedari kes itu dan beliau mengakui pembunuhan itu. Tetapi kami tidak dimaklumkan masa hukuman terbabit,” kata jurucakap kementerian luar, Michael Tene kepada AFP.\rKerajaan akan memanggil duta Arab Saudi di Jakarta untuk menyatakan kebimbangan mereka, kata Tene.\rKira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta penduduk Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi, kata pegawai terbabit.\r\n\n\n\n\rHukuman memotong kepala itu  menjadikan bilangan hukuman pada tahun ini sebanyak 28, menurut pengiraan AFP berdasarkan laporan kumpulan hak asasi kemanusiaan dan laporan rasmi.\rKesalahan merogol, membunuh, rompakan bersenjata dan pengedaran dadah boleh membawa hukuman mati di negara Arab Saudi. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063725 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list