|
Buru pelari pecut lelaki
SELEPAS berjaya membentuk kuartet pecut wanita memecah rekod kebangsaan dalam acara 4x100 meter, misi ketua jurulatih kebangsaan, Harun Rasheed kini berusaha untuk mencari barisan pelari pecut lelaki.
Malaysia ketika ini ketandusan atlet pecut berbakat untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Nazmizan Mohamed (gambar) dan sehingga kini rekod 100m dicipta Watson Nyambek, 10.30s yang dilakukan di Bukit Jalil pada 1998 masih belum dipecahkan.
Menyedari hal itu, Harun berkata, langkah pertama mengembalikan kegemilangan atlet dalam acara pecut adalah menyediakan barisan kuartet terlebih dahulu sebelum menyusun strategi seterusnya.
Namun, Harun sedar satu masalah yang dihadapi adalah usaha mengumpulkan barisan pelumba tidak mudah kerana masing-masing mempunyai komitmen terhadap pelajaran selain masalah latihan.
“Mereka mampu menandingi pelari Thailand kerana penguasaan negara itu dalam acara ini juga sudah merudum dan saya yakin jika barisan berjaya dikumpulkan mungkin tiada masalah untuk mencipta rekod baru.
“Saya kini berusaha membawa beberapa lagi atlet dari Pahang untuk menyertai kem latihan pusat,” katanya. Harun berkata, kejayaan Mohd Nor Imran Hadi melakarkan catatan 10.46s di Kejohanan Olahraga, Singapura tahun lalu, menceriakannya.
Selain itu, kombinasi Syed Alif Syed Nor, Mohd Ikhwan Nor, Imran, Zabidi Ghazali mungkin boleh dibentuk untuk memecahkan rekod kebangsaan 4x100m, 39.84 saat.
Ketandusan atlet pecut mula dirasai selepas peninggalan Nazmizan, pelari pecut terakhir memenangi dua pingat emas buat negara di Sukan Sea Vietnam 2003. Selepas tujuh tahun dan tiga Sukan Sea - Manila, Korat dan Laos - Malaysia masih tercari-cari pelari yang boleh dibanggakan dan hingga kini masih belum ditemui.
- itu je harapan kita.sama ada org yg sama pegi sea games thn ni tak tau lagi. bknnye ape usaha takda nak cari bakat. tunggu nanti masyarakat dah betul2 bising,baru la kerajaan akan sentap dan acknowledge benda ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|