|
Karathu tertekan tapi yakin Red Warriors juara Liga Super malam ini\rKELANTAN, pasukan yang di ambang menjulang kejuaraan mahkota Liga Super, musim ini mene璯askan tidak memerlukan ihsan dan bantuan Sabah yang bakal ditemui di Stadium Likas, malam ini bagi membantu mereka melakar sejarah merangkul kejuaraan berprestij itu buat julung kali.\r\n\n\n\n\rJurulatih, Datuk M Karathu juga menegaskan skuad bim璪ingannya juga tidak memerlukan ihsan atau bantuan Perak dan Felda United menundukkan juara bertahan, Selangor dan Terengganu yang masih berpeluang dan memintas mereka di saat-saat akhir.\r\r\n\n\n\n\n“Biarlah kami tentukan sendi璻i takdir kami. Kami tidak mengharapkan ihsan atau bantuan pasukan lain. Saya hanya harapkan pemain mempamerkan komitmen tinggi dalam permai璶an malam esok (malam ini) sekali gus memastikan kemenangan berada dalam genggaman,” katanya selepas sesi latihan ri璶gan di Stadium Likas sejurus tiba di Kota Kinabalu, semalam.\rKelantan yang kini mengumpul 53 mata hanya memerlukan seri dalam pertemuan terakhir malam ini bagi mengesahkan kejuaraan sekali gus mema璬amkan terus sisa-sisa harapan skuad bimbi璶gan K Devan yang mengekori di tempat kedua de璶gan 51 mata dan Irfan Bakti di tangga ketiga, 50 mata.\r“Saya akui kami lebih tertekan berbanding lawan (Sabah), tetapi saya yakin pemain mampu menanganinya. Saya juga percaya pemain tidak mahu kecewa lagi selepas tewas di final Piala FA. Jadi, mereka berjanji tidak akan mensia-siakan kerja keras yang sudah dilakukan dari awal dan kini hanya tinggal satu lagi perlawanan untuk mereka bergelar juara,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|