|
Dalglish berjaya tandatangani pemain Blackpool dengan harga RM31.3 jutaLONDON: Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mengatasi kekecewaan besar kali keduanya dalam pasaran perpindahan pemain musim panas ini selepas bersetuju menandatangani pemain Scotland, Charlie Adam dari Blackpool yang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.\rSkuad The Reds itu mengesahkan berita itu kelmarin, menyatakan pemain 25 tahun itu akan tiba ke Merseyside untuk menjalani ujian perubatan dan berbincang mengenai syarat peribadi.\r\n\n\n\n\r Liverpool sebelum ini menyaksikan dua tawarannya untuk mendapatkan Adam ketika jendela perpindahan Januari lalu ditolak dengan tawaran tertinggi dilaporkan bernilai sekitar 6.5 juta pound (RM31.3 juta).\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, kali ini difahamkan Blackpool menerima tawaran 7.5 juta pound (RM36.135 juta) yang boleh dinaikkan sehingga 8 juta pound (RM38.567 juta) bergantung kepada prestasi penampilannya.\rBlackpool mahu mengekalkan Adam Januari lalu untuk membantu mereka mengelakkan tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris tetapi usaha itu gagal dan Blackpool mengalih tumpuan untuk mencapai nilai maksimum buat pemain itu yang kontraknya masih mempunyai kontrak setahun.\rAdam adalah pemain antarabangsa Scotland yang disenarai pendek untuk anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana musim lalu selepas menjaringkan 12 gol dalam 35 penampilan liga.\rBekas pemain Rangers itu menjadi pemain kedua dibeli Liverpool musim panas ini selepas kelab itu mendapatkan pemain tengah muda England, Jordan Henderson dari Sunderland bulan lalu dengan yuran dilaporkan sekitar 20 juta pound (RM96.359 juta).\r\n\n\n\n\rKelab Anfield itu gagal dalam tawaran 15 juta pound (RM72.269 juta) untuk mendapatkan pemain sayap Aston Villa, Stewart Downing Selasa lalu, tetapi ejen penjaga gol Roma dari Brazil, Alexander Doni mendakwa pemain itu hampir pasti bersetuju ke Anfield. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|