CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63934|Reply: 319

Neelofa : Lampu hijau keluarga

  [Copy link]
Post time 10-7-2011 06:57 AM | Show all posts |Read mode


      
BETAPA bertuahnya dilahirkan sebagai Noor Neelofa Mohd Noor. Cantik, bijak, popular dan diulit kehidupan serba indah. Pendek kata, hidupnya umpama alam fantasi, si puteri dilimpahi kemewahan dan kasih sayang tidak bertepi. Lebih indah apabila pembabitan dalam dunia peragaan menampakkan sinar. Dalam tempoh yang singkat, anak ketiga daripada sembilan beradik ini menjadi
Mendekati bintang muda ini, dia meluahkan rasa syukur dilahirkan dalam keluarga besar yang memahami dan menyokong minatnya terhadap dunia seni. Dorongan dan restu ayah bonda menjadi azimat dalam setiap langkahnya. Kata-kata semangat dan sikap ringan tulang adik-adik beradiknya menjadi inspirasi dalam memacu impiannya.

“Alhamdulillah, saya menikmati kehidupan yang indah. Punya ibu bapa yang penyayang, dikelilingi enam adik beradik perempuan dan dua lelaki, perjalanan saya dalam dunia lakonan serta peragaan dipermudahkan.



“Apa yang boleh saya katakan, hidup ini seistimewa nama diberikan oleh ibu, Noor Neelofa yang bermaksud cahaya bunga biru. Nama ini unik daripada adik beradik lain di mana ia nama orang Iran.


“Saya sudah biasa berdikari dari kecil, malah sejak di bangku sekolah saya mahu penuhi segala harapan ibu bapa dan berazam membalas jasa mereka. Ketika itu saya tidak ada duit dan kudrat tenaga pun kurang, jadi sebagai balasan saya berusaha menggembirakan dua insan tersayang ini melalui keputusan pelajaran saya. Alhamdulillah, saya dapat puaskan hati mereka dengan menghadiahkan keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR), 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) 10A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Selepas menamatkan A Level di Kolej Damansara Utama (KDU) saya menyambung pengajian ijazah sarjana muda berkembar jurusan Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran. Lega bila balas jasa dan penat lelah ibu bapa dengan cara ini,” katanya.

Dalam nada riang, heroin filem Azura ini turut berkongsi perkembangan terbaru keluarganya di mana ibu bapanya akan menimang cahaya mata ke-10 penghujung Oktober depan. Rona bahagia tergambar jelas di ruang matanya sekali gus membuktikan betapa kuatnya ikatan kasih sayang antaranya dan keluarga.

“Dari darjah tiga saya sudah biasa bantu ibu menjaga adik-adik. Jadi tidak kekok uruskan adik yang baru lahir termasuklah mandikan dan berikan mereka susu. Kehadiran adik baru ini memang sangat dinanti-nantikan malah kami semua tidak sabar mahu menatap wajahnya.

“Uniknya keluarga saya, selain ramai adik-beradik, kami masih amalkan budaya tradisi ibu saya yang berdarah Arab-Pakistan. Hubungan saudara mara sangat rapat malah setiap kali sambutan Hari Raya kami akan berkumpul di rumah nenek.

“Macam mana keramaian yang kita biasa lihat dalam cerita Hindustan, macam itulah meriahnya keluarga besar kami. Nenek saya ada 34 cucu, bayangkan kalau berkumpul semua saudara mara boleh cecah 50 hingga 60 orang. Ketika itu rumah nenek akan penuh dan kami akan tidur merata-rata. Walaupun sesak, kami gembira kerana itulah masanya boleh bercerita panjang perkembangan terbaru masing-masing.

“Saya juga sangat beruntung kerana memiliki keluarga yang menyokong pembabitan saya dalam seni. Jika ada penggambaran atau perlu menghadiri majlis, mereka akan membantu menyiapkan saya,” katanya seraya melemparkan senyuman manis.

Biarpun dianugerahkan wajah yang jelita, gadis ini tidak mendabik dada sebaliknya dengan rendah diri melabelkan dirinya biasa-biasa saja. Tiada apa yang perlu dibanggakan biarpun dirinya dimahkotakan gelaran Dewi Remaja kerana apa yang lebih penting baginya adalah kecantikan dalaman.

Bagaimanapun, gadis genit ini tidak menafikan kelebihan itu ada banyak kebaikan termasuklah mudah mendapat kawan dan sering menerima layanan yang baik.

“Jujur, saya tak pernah rasa diri ini cantik. Di luar sana ada ramai lagi yang lebih cantik daripada saya. Apa yang ada pada saya hanya pinjaman Ilahi semata-mata dan ia akan pudar dimamah usia. Sebab itulah saya lebih menekankan kecantikan dalaman kerana ia kekal seterusnya membuatkan pemiliknya mempunyai personaliti menarik.

“Adakalanya segan juga bila dapat layanan baik. Macam-macam saya fikir, antaranya adakah orang sekeliling mereka ikhlas berbaik dengan saya atau ada udang di sebalik batu. Kejadian beberapa kali ditikam dari belakang buat saya berhati-hati. Sejak itu saya susah percayakan orang luar dan lebih teliti dalam memilih kawan. Bagi saya, kawan terbaik adalah keluarga.

“Jika tidak terikat dengan kuliah atau aktiviti seni saya akan habiskan masa dengan mereka. Kebetulan pula saya bukan jenis suka melepak dengan kawan-kawan kalau adapun sekali-sekala. Saya buat diri saya eksklusif, tak semudah itu untuk didekati. Bukan sombong tetapi saya lebih selesa begitu selepas belajar daripada pengalaman lepas,” katanya yang anggun dalam busana rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Melihat perwatakannya, pasti ada yang menganggap dia gadis berada yang manja, boros dan punya ramai teman lelaki. Jika itu telahan pertama apabila menatap wajah Neelofa, lupakan saja kerana pandangan itu jauh tersasar dari keperibadian sebenar aktres muda ini.

Dibesarkan dalam keluarga yang cukup mementingkan disiplin, dia bukan gadis kota yang bebas bersosial. Ada had dalam setiap tindak tanduknya malah jangan terkejut andai gadis ini tidak lepas daripada pengawasan bapa meskipun sudah berusia 22 tahun.

“Bohonglah kalau saya cakap tidak pernah memberontak dengan kawalan ketat ayah sebelum ini. Pernah juga saya persoalkan kenapa tidak boleh bebas macam remaja lain. Maklumlah ketika itu darah muda membuak-buak, mahu juga kenal ramai orang. Bayangkanlah dalam sebulan, hanya dua atau tiga kali saja saya boleh melepak dengan kawan, itupun dengan keizinan ayah.

“Mahu keluar ke kedai pun susah malah ayah meletakkan syarat sesibuk manapun, anak-anak kena pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kami kena bersihkan diri, bersiap untuk solat berjemaah dan kemudian menikmati makan malam bersama-sama.

“Apabila difikirkan semula, ada banyak kebaikan ayah tegas dalam membesarkan kami adik beradik. Disebabkan didikan ayah, saya bebas kelab malam, rokok dan tidak mendekati perkara-perkara negatif yang boleh memalukan diri dan keluarga.

“Ayah juga tidak memanjakan kami dengan wang. Bila mahukan sesuatu, tidak boleh main minta sebaliknya kami diajar berusaha. Ayah mahu kami belajar hidup susah dan menghargai wang. Jadi saya bukanlah anak yang bergantung dengan ibu bapa sebaliknya dari kecil sudah belajar berdikari,” katanya.

Menyentuh perihal karier, akui Neelofa populariti mendadak yang dikecapi hari ini datang tanpa disangka. Bagaikan mimpi, dia dikenali dalam tempoh cukup singkat. Bermula Januari lalu langkahnya dihayun laju bersama tawaran tidak pernah putus. Saban hari ada saja rezeki menjengah hinggakan ada yang terpaksa ditolak gara-gara pertindihan jadual.

“Saya sendiri tidak percaya boleh naik secepat ini. Macam bermimpi tetapi mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Ada juga beberapa teman lebih berpengalaman minta saya berhati-hati kerana kata mereka, biasanya jika cepat naik, cepat juga jatuh. Insya-Allah segala nasihat akan saya jadikan panduan dalam memastikan peluang yang datang ini tidak sia-sia.

“Saya mahu bertahan lama dan kerana itu perlu lebih banyak belajar dan perbaiki kelemahan yang ada dari semasa ke semasa. Masih ingat lagi, ketika menyertai Dewi Remaja, tidak pernah terlintas saya akan menceburi dunia lakonan. Ketika itu saya cuma minat dalam bidang peragaan.

“Tidak sangka pula selepas dinobatkan juara, tiba-tiba muncul tawaran membintangi Azura. Percubaan pertama itu membibitkan rasa cinta dan kian menebal apabila menjayakan drama Kasih Najihah, Kitab Cinta dan filem Hantu Kapcai.

“Jika tiada aral, saya akan terbabit dengan filem terbaru Datuk Yusof Haslam di samping dua nama besar iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam dalam waktu terdekat,” kata gadis bermata cantik ini.

Diusik soal cinta dan jodoh, sambil ketawa si manis berusia 22 tahun ini berkata, tergerak juga hatinya untuk mencintai dan dicintai namun wujud perasaan was-was dalam dirinya kerana bukan mudah mencari pasangan yang benar-benar memahami serta ikhlas menyuntingnya sebagai kekasih.

“Siapa yang tidak mahu ada kekasih tetapi setakat ini saya belum jumpa yang sesuai.  Biarlah saya masih muda, tak perlu tergesa-gesa soal cinta atau jodoh.

“Lagipun bukan mudah mendapatkan cinta sejati. Bukan skeptikal tetapi zaman sekarang tak ramai yang bersikap jujur. Barangkali lelaki ada banyak pilihan kerana jurang nisbah jumlah lelaki dan wanita sangat besar. Saya suka lihat cinta Angelina Jolie dan Brad Pitt, mereka sangat mencintai antara satu sama lain dan tidak peduli apa orang cakap.

“Kalau untuk dijadikan suami, saya mencari orang yang tinggi ilmu agama kerana biasanya mereka yang patuh dengan perintah Allah akan jadi insan bertanggungjawab, berbudi pekerti dan amanah.

“Dia juga mestilah boleh menerima saya seadanya dan paling penting disukai ibu saya. Saya percaya jika direstui keluarga lebih-lebih lagi ibu Insya-Allah akan bahagia,” katanya yang mengusahakan bisnes kasut menerusi laman sesawang, neelofa.blogspot.com.  sebutan ramai. Masing-masing memuji dia pendatang baru yang punya pakej lengkap dan berpotensi besar sebagai pelapis heroin sedia ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 07:31 AM | Show all posts
tp sekssi bukan main,tak suker neelofa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 07:57 AM | Show all posts
budak pandai...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:09 AM | Show all posts
patutlah fazura jeles memanjang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:31 AM | Show all posts
“Kalau untuk dijadikan suami, saya mencari orang yang tinggi ilmu agama kerana biasanya mereka yang patuh dengan perintah Allah akan jadi insan bertanggungjawab, berbudi pekerti dan amanah.


Statement biasa dr artis wanita SEXY....ha ha ha...diri sndiri sexy nk suami alim plop...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2011 08:31 AM | Show all posts
pandai neelofa ni..
tp nk jgk jd artis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2011 08:33 AM | Show all posts
Nape aku rs fazura lg menarik dr neelopah ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2011 08:37 AM | Show all posts
Reply 5# cicicumel

sumew artis ckp nk laki berpegangan agama..
bila da kawen, suh ttp aurat, xnk tutup..
pooorahhh la retis ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 08:39 AM | Show all posts
giigh bagitaw berapa A dpt!...tp tngk gaya posing mcm xpernah gi sekolah jer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:44 AM | Show all posts
ntahnyer..gaya dan pose mengangkang harimau belang terpampang sebelum ni langsung tak mencerminkan KEBIJAKAN dan DISIPLIN KETAT yg diberi keluarga.nampaknya famili dia betul2 bagi GREENLIGHT.....sbb ai bajet pic yg diamengangkang atas kerusi tu diambil masa umur belasan tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:52 AM | Show all posts
“Mahu keluar ke kedai pun susah malah ayah meletakkan syarat sesibuk manapun, anak-anak kena pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kami kena bersihkan diri, bersiap untuk solat berjemaah dan kemudian menikmati makan malam bersama-sama.

Ayah dia tu la yang gigih. Sekarang boleh lak Neelofa ni menonjolkan ketetnya tu? Sebab dapat bayaran ke ayahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:55 AM | Show all posts
aktif btl mak paknya.. anak dah beso2 pun nak dapat baby lg. la ni patut tunggu dpt cucu jerk. apa pun tahniah la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:58 AM | Show all posts
kadang2 sekadar utk publisiti......
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 09:22 AM | Show all posts
Walaupun Faz cantik and popular, tapi si Lofah ni beauty with brains! Muda pulak tu. Si Faz nak masuk 30 dah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 09:25 AM | Show all posts
surt khabar hari ni byk citer pasal dier...dari memuji hinggalah yg mengeji...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 09:25 AM | Show all posts
terbaekkkkkkkkkkk wokkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 09:42 AM | Show all posts
Apasal zyraa rasa mcm nak menunujuk jer???siap bg taw result exam lagi...Rsanya zaman skrg..result mcm tue dah biasa...hu..hu..hu...Rsanya fazley dulu pun antara best student di Malaysia...tp klu niat dia..utk menggalakkan para peminat indutri hiburan yg berminat utk jd artis supaya belajar terlebih dahulu..jd mcm beliau..bagus laa..niat yg baik tue..Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 09:56 AM | Show all posts
perghhh result exam ...kalah aku.......OMG
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 10:01 AM | Show all posts
result dier sama dgn aku...

tapi betullah...rasa mcm nak menunjuk je si Loofa ni....adeh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 10:05 AM | Show all posts
kellast result exam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.789042 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list