View: 107|Reply: 0
|
KL lega beraksi di Liga Super
[Copy link]
|
|
KUALA Lumpur yang nyaris tersungkur ke kancah Liga Perdana, bersyukur apabila masih mampu berada dalam kelompok pasukan elit Liga Super, musim depan.\rPasukan kendalian Razip Ismail yang menamatkan saingan liga dengan kemenangan 3-2 ke atas T-Team Rabu lalu, merumuskan saingan musim ini sebagai gudang mengutip pengalaman berguna untuk tidak terus melakukan kesilapan.\r\n\n\n\n\r Kaptennya, Muhammad Shahrom Abdul Kalam berkata, Kuala Lumpur yang dilanda masalah kecederaan dan beberapa kekangan lain mempamer mutu kurang konsisten.\r\r\n\n\n\n\n “Kami tidak mempunyai pemain hebat berbanding pasukan lain dan banyak masalah kecederaan pemain. Ada kalanya kami bermain dengan baik tetapi ada kalanya tidak. Ini perlu diperbaiki.\r“Seminggu sebelum bertemu T-Team, kami mula memikirkan nasib pasukan dan kami sendiri merasai tekanannya andai tersingkir daria Liga Super. Syukur kami dapat melakar kemenangan ke atas T-Team dan terus berada dalam Liga Super musim akan datang,” katanya.\rMuhammad Shahrom berkata, Kuala Lumpur melepasi sasarannya awalnya iaitu mengekalkan kedudukan dalam saingan Liga Super tetapi tugas lebih mencabar menanti untuk memenuhi sasaran antara lima pasukan terbaik musim depan.\r“Pemain muda sudah mendapat pendedahan sewajarnya dan jika dapat ditambah dengan beberapa pemain berpengalaman, saya percaya matlamat itu mampu menjadi kenyataan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|