View: 138|Reply: 0
|
Alonso juarai GP British
[Copy link]
|
|
Pemandu Ferrari ketepi dua jagoan Red Bull di Litar SilverstoneSILVERSTONE: Fernando Alonso mencipta kemenangan pertama Ferrari musim 2011 ini apabila mengatasi cabaran litar dalam keadaan cuaca tidak menentu di Grand Prix (GP) British, semalam.\rPemandu Sepanyol berusia 29 tahun yang juga pemenang perlumbaan 2006 ketika bersama Renault, memastikan kemenangan pertama Ferrari sejak GP Korea Selatan tahun lalu dengan pemanduan terkawal, dibantu sedikit tuah untuk mengeksploitasi peraturan teknikal yang disemak semula.\r\n\n\n\n\r “Hari yang menakjubkan,” kata Alonso.\r\r\n\n\n\n\n Ia adalah kemenangan ke-27 dalam kariernya, yang membolehkannya berada sebaris dengan juara tiga kali Britain, Jackie Stewart dalam buku rekod, dan drama perlumbaan tengahari itu berlaku ketika juara bertahan dan pendahulu kejuaraan dari Red Rull, Sebastian Vettel terpaksa berdepan dengan pit-stop yang perlahan.\rVettel, yang melintasi garisan penamat 16 saat di belakang Alonso, kekal menjadi pendahulu kejuaraan senarai pemandu dengan 204 mata, mengatasi rakan sepasukan Mark Webber yang menduduki tempat ketiga perlumbaan itu dengan 124 mata manakala Alonso melonjak ke tangga ketiga dengan 112 mata.\rPemandu tuan rumah Lewis Hamilton yang memandu McLaren mengatasi cabaran rakan sepasukan Alonso, Felipe Massa untuk meraih tempat keempat, selepas bermula di petak ke-10.\rPerlumbaan berikutnya yang juga pusingan ke-10 akan berlangsung di Nurburgring, Jerman 24 Julai ini. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|